Wednesday, March 30, 2011

pg 43 : Lelaki dah tak pandai memimpin


Assalamualaikum.




Pagi pagi bukak blog. Trace red punya sources of view. Tengok tengok, sources nya datang dari satu minah ni. Feeza comel nama nya. (haha comel ke?) ya. Dia kata red kuat membebel. Ye ke.? Tak, kan.? Red baik, kan.? Setuju.? Kira setuju lah tu ye.



Okay dah lari tajuk dah. Actually, red tengok dah makin banyak lelaki tak serupa lelaki. Oh ya. Mungkin kaum adam yang sebenar benar adam dah menipis gred nya. Err. Maksud red. Kualiti lelaki zaman sekarang dah kurang.



 
"red, kau ni boikot lelaki ke.?"


Eh tak lah. mana ada. Maybe bila red cakap kualiti lelaki dah kurang korang fikir pasal pondan kan.? Well. Tak sebenarnya. Ya. Actually lelaki jadi gay or pondan memang lah antara sebab kualiti lelaki menipis. Tapi red nak lebih tekan kan kat mana pergi nya sikap lelaki yang sepatut nya memimpin.?






lelaki merupakan khalifah


Yup. Kualiti lelaki. Sebab kualiti lelaki sekarang dah kurang. Mana pergi nya lelaki yang sepatutnya memperjuang kan islam.? Okay fine. Korang boleh cakap pakwe korang pandai memimpin. Sebab tu korang pilih dia. But! Dia memimpin korang kearah mana.? Ke jalan yang lurus or ke bisikan syaitan.? Ya. Kebanyakkan nya ke bisikan syaitan. (ramai terasa)



Ehem.



Am I right.? Jangan tipu. Bawa korang(kaum hawa) tengok wayang. Jalan jalan. Reaksi bersama. Pegang pegang tangan. Apa tu.? Oh oh. Red tak cakap hukum silaturahim lelaki dan perempuan tu, haram. Memang tak haram. Tapi cara lelaki yang memimpin korang yang korang bangga bangga kan tu salah. Ya. Salah. Cara mereka yang menjadikan hubungan korang haram.





 "oh. pakwe aku sungguh protective"

 
Plus, kalau korang fikir, "oh dia ni protective", "oh, dia ni boleh lindungi aku" . I'm positive thats the reason korang pilih diorang. Yang si laki laki(zaman sekarang) pulak, ikutkan aje hawa nafsu si perempuan. Dah tahu kaum hawa memang diciptakan dengan 9 nafsu. Lagi di ikut ikutkan. Bukan nya nak mendorong kaum hawa ni.



Kalau betul si lelaki tu betul betul sayang korang (kaum hawa) , tak de nya diorang nak sanggup buat benda benda yang melanggar syara' ni. Sebab korang fikir ye, bila si lelaki sanggup melanggar syariat islam kat dunia, apa yang akan korang akan dapat kat akhirat kelak.? 



Bukan ke korang yang akan turut disiksa.? Or korang fikir lelaki yang selalu korang keluar date tu akan lindungi korang kat akhirat kelak.? Tak de makna nye, weyh. Nampak mak mertua (belum rasmi) pun dah cabut lari. Ni kan pula azab Allah SWT.





 solat senjata khalifah


Kenapa kaum lelaki zaman sekarang macam ni.? Antara sebab nya, kaum laki(zaman sekarang) suka ponteng solat. Ya. Ponteng solat! Jauh lah sangat menyimpang dari jalan Allah. Syaitan pulak bergembira ria join korang(kaum laki). Solat tu kan, senjata khalifah.



Ehem.



Susah sangat ke solat tu.? Bagi red, solat tu satu aktiviti complex yang simple. Ya. Complex tapi simple. Cuba korang fikir balik. Dimulakan dengan mengajak orang lain solat sama sama. Then, perjalanan aktiviti adalah dalam keadaan:


berdiri(sedia) - menundukkan diri(rukuk) - melembutkan perjalanan darah ke otak(sujud) - merehatkan diri(duduk tahyat awal/akhir) - sesi meminta(berdoa).


Tak ke simple, benda complex ni.?  Bermula dengan berdiri, diakhiri dengan duduk. Subahanallah betapa kreatif nya Allah aturkan solat kita. Plus. Cuma lima kali sehari:


Awal pagi(subuh)-tengahari(dzuhur)-petang(a'sar)-senja(maghrib)-malam(i'syak).


Supaya kita sentiasa mengingatiNya dalam apa apa pun waktu. Yup. Allah dah aturkan waktu solat ngam ngam semua waktu supaya kita mengingati-Nya.



Allah dah tolong mengingat kan kita. Tu pun susah nak buat ke.? Okay. korang cakap, segan nak solat,sebab takut diperli orang. Fine. Nak tahu kenapa korang ada rasa macam tu.? Tu semua kerja syaitan. Yup. Syaitan. Dia yang berbisik bisik kat telinga kita. Dia yang nak sesat kan kita. Jadi, tok sah risau. Orang tak kan perli kita solat. Yup. Tak akan. Insyaallah.





make your own stand. Jangan mudah terpengaruh.


So. Red nak seru kaum kaum adam sekalian. Tok sah lah korang terpengaruh dengan elemen elemen kat dalam movie. Yup. It's true. Perempuan suka benda benda macam tu(ramai terasa.sekali lagi) . Tapi kita adalah kaum pemimpin. Kaum khalifah. Dorong lah diorang ke jalan yang betul.



Kenapa kita nak sesatkan para kaum hawa.? Kaum hawa ni, diciptakan untuk mem-follow kaum lelaki. Tapi kalau korang dah bimbing diorang ke jalan yang salah, diorang still akan mem-follow



Memang dah menjadi fitrah bahawa, lelaki suka memimpin dan perempuan suka dipimpin. So, kaum lelaki sekalian. Make your stand! Dirikan balik kubu korang. Jangan biar zaman menelan kualiti kita.





Terima kasih sudi baca.





Sekian





.


Sunday, March 27, 2011

Segmen ber-story : belajar tulis di atas pasir.


Assalamualaikum.



 "red, kau ni suka pergi pantai ke.?" ~anon

Itu soalan yang paling pelik pernah red dapat kat fs. Kenapa lah dengan kau ni anon.? Biar aku teka. Mesti sebab kau pelik dengan header aku kan, anon.? Fine.! i'll tell. (aneh aneh aje anon ni)


Meh rapat. Red nak bercerita sikit tentang latarbelakang cogan kata blog red yang 'entah hape hape ni' (anon dengar elok elok.).


Untuk Gitarputeh, it really doesn't have any specific meaning. Just a credit to my beloved Shiro Gadabambo. 'Gitarputeh' dan 'mari menulis diatas pasir bersama mereka' memang dua benda yang tak ada kaitan dalam frasa. And I mean, tak ada. But. It really does related to me. Yup. It really does. Tapi macam yang red kata kan tadi, red nak ceritakan asal keturunan(tipu) 'mari menulis diatas pasir' .



Ehem.



Mari menulis di atas pasir bersama mereka. Satu cogan yang bawa besar ertinya. Ya. Sangat bawa erti. Dulu red adalah seorang yang sombong. Ya. Ramai kata red sombong. Pemarah. Jarang bergaul. Selalu tuding jari kat orang ( cari kesalahan orang lain dan bagi alasan).  Tapi suatu hari, Allah bukakan hati red untuk baca satu entri ni. Tajuk nya "belajarlah tulis di atas pasir" .



Red pun tak tahu siapa penulisnya dan mana asal usul cerita ni. Disebabkan masa tu red baca via phone, via fb(dulu masa masih ada fb). And masa tu red belum lagi menceburi bidang blog. Selalu jadi silent reader. (Ya. Red tahu. Korang nak kata red kolot. Kata lah. tak kesah pun.)



Okay back to the topic. Ya. Lepas baca entri tu, red tersentap. Ya. Sangat tersentap. Cerita nya teramatlah menarik hingga terbukalah pintu hati red untuk kembali ke jalan yang lurus. Cuba korang hayati cerita ni.(saja nak kongsi. Kalau tak minat baca tak paksa)




perjalanan dua sahabat yang mencari sebuah oasis.


 
 Ia nya mengisahkan dua orang pengembara ni yang member kamceng. A dan D. Mengembara melintasi gurun pasir mencari oasis. Suatu hari dalam perjalanan, diorang bertekak. A panas hati, then bagi penampar kat si D. D punya lah bengang tanpa sebarang kata terus tulis kat atas pasir.


"hari ini, sahabat terbaik aku manampar pipi aku"


Perjalanan diteruskan. Dan akhirnya diorang jumpa oasis diorang. Yet, diorang pakat untuk mandi kat situ. Masa tu, D still sakit hati. Ya. Sakit hati. Siapa tak sakit hati bila kita tak expect member baik tampar kita, ye tak.? Okay back to the topic. D dengan hati terluka nya cuba untuk berenang tanpa dia sedari yang dia tak reti berenang.



berenang ikut perasaan. lemas jawabnya.


Apa lagi. Timbul tenggelam lah dia kelemasan.( dah macam hape dah. =.=). A tanpa sebarang kata, terjun pergi selamat kan D. Ya. Alhamdulillah D Berjaya diselamatkan oleh A. Yup. A yang menampar D awal cerita tadi. Bila D mula sedar kan diri and agak agak otak dah balance, oksigen dah cukup, dia pun tanpa sebarang kata pergi kat sebuah batu yang besar. Sangat besar. Dan dia pahat:


"Hari ini, member aku, my bff, selamatkan aku dari lemas."


Si A pelik. Then dia Tanya. "weh. Apasal bila aku buat kau terluka, kau tulis atas pasir. Now, kau pahat atas batu pulak.?". Si D tersenyum and jawab.


"it simple. Kalau ada orang melukai kita, kita kena lah tulis di atas pasir supaya angin kemaafan datang meniup and menghapuskan sekali tulisan tu.dan bila sesuatu kebaikan yang superb berlaku pula, kita kena lah pahat pada batu hati kita. Supaya tak hilang ditiup angin."




Oh oh.(!) I got to admit.! Kisah ni, sumpah buat red berubah. Tak tipu beb. Siapa tak setuju, sila hempas lappy korang. Okay gurau. Betul. Tersentap bila kali pertama kali red baca. Seriously. Terpahat pada batu hati red beb. Dari situ, red ambil keputusan untuk selalu memaafkan orang. And change to someone new. But still. Red masih amatur dalam bidang penulisan. (masih mencari cikgu macamana nak menulis dengan baik).



Dan masa tengah fikir idea buat header blog, red ingat nak buat blog yang boleh sama sama mengajak orang lain jadi saling memaafi. And yet, red ambil keputusan untuk guna cogan kata "mari menulis di atas pasir bersama mereka".

:)





Terima kasih sudi baca.






Sekian





.

~belajar menulis di atas pasir.


Friday, March 25, 2011

pg 42 : soft skill kita boleh pikat orang sekeliling kita.

Assalamualaikum.



Duduk berempat ditepi tasik;
Semut lalu, dipijak pijak;
Yakin lantang, takut berbisik;
Kalau perangai macam tu memanglah jawabnya penyepak(tangan).

Aduh! Bermadah pantun pulak dia. Buang tebiat ke.? Haha. tak ada lah red saje je nak cuba benda yang baru. Hoho. Agak agak kalau nak muntah dengar red bermadah, sila pijak pijak muka lappy anda. :)

Okay gurau sahaja. Dengan penuh yakin nya red suruh korang pijak lappy kan.? Teruk betul. Jangan jangan korang buat betul betul, plus, korang pampang muka red besar besar. Pastu korang pijak. Haha. Haha. Sila jangan buat begitu.(mata bulat). Okay. Lets get through to our topic.



Pernah tak korang nampak someone tu rapat je dengan cikgu.? Or lecture.? Or bos.?  Mesti kadang kadang korang rasa geram + jelez kan.? Kadang kadang tu sampai terumpat umpat kat dalam hati. Nak nak perempuan. Haha. tak payah deny. Jangan tipu.


Relex lah. Buat apa nak sakit hati dengan orang macam tu.? Nak tahu kenapa diorang jadi macam tu.? Sila masukkan sorang 50 sen ke tabung red dulu. Ehem. Okay gurau aje. Ha. Diorang menarik perhatian orang atasan, adalah kerana diorang punya soft skill. Yup. Soft skill.



"ape kejadah soft skill tu, red.?"
 
Nak bagi tahu lah ni. Ehem. Soft skill tu. Err. Okay. Lets take it this way. Someone tu buat benda yang tak sakit kan hati orang lain . Yang jaga hati orang lain. Yang kalau korang kat tempat bos tu, korang sendiri pun akan cakap "uih, Baguih nya budak ni!" . Jelas.? Tak.? Ehem. Yela. Meh red terang kan lagi. Meh rapat.



bicara dengan elok.

Pertuturan. Ya. Jaga pertuturan adalah antara soft skill yang perlu ada untuk korang tarik perhatian orang lain. Cakap benda, yang elok elok. Kalau nak cakap benda tak elok, boleh. Tapi biar bertempat lah. Contoh nya masa korang tengah marah. Selalu kalau kita tengah marah memang lah kita blow up. Tapi bila kita blow up tu, biarlah time tu aje. Nak keluar semua 'perkataan' keluar kan masa tu aje. And jangan terbawa bawa ke esok hari. Sungguh tak manis. Ya. Tak manis.

See.? Cuba korang bayangkan. Someone datang kat korang, tetiba dia maki hamun kat korang. Korang pulak tak tahu apa apa . (umpama orang baru kat situ) Mesti automaticaly korang gred kan yang dia ni teruk. Sungguh tak manis. kan.? Betul.?


Cuba bayangkan pula, ada orang tetiba datang kat korang, bagi salam, and senyum manis kat korang (macam red) . Ehem. Apa korang gred kan dia.? Mesti korang cakap. "ikh. Manis nya dia ni" . Betul.? See.? Senyum pun antara soft skill yang buatkan orang tertarik dengan kita. Kat situ orang tu dah strike dua soft skill kat korang. First, dia senyum. Second, dia jaga tutur dia. Bagi salam beb. Jadi, selalu senyum pun boleh buat orang lain senang hati tau. Tak percaya.? Cuba aa.


nak tipu, beragak lah.


Ha. Kalau pasal tutur ni pun, ada satu lagi style untuk jaga hati orang. Style ni pelik sikit. Nak kata tipu, tak jugak. nak kata jujur pun, tak. Maksud red kat sini, kalis. Yup. Kalis. Okay. Lets take it this way. Korang baru lepas meeting. Dalam meeting tu, memang api lawan api. Ya. Gaduh. Debat. Debat pasal kesalahan pekerja lain. Nak luah kan perasaan lah konon nya. Tapi takpe. Dah nama pun meeting, kan.? Memang macam tu lah gayanya.

Tapi geram tu, biarlah habis kat dalam meeting tu sahaja. Lepas habis meeting, bermember lah macam biasa. Jangan pula di ungkit ungkit. Orang tak suka. Ya. Orang tak suka. Pastu, agak agak nak pujuk orang tu, korang pun ajak lah main bowling. Dan dan kat situ pulak ada bos. Bos mana yang tak panas dengar lepas meeting korang nak pergi enjoy kan.?

Kalis lah. Cakap, korang nak pergi melontar Jamrah. Ha. Bos dengar pun, sedap aje hati. "Oh. Stuff aku nak pergi beribadah. Bagus.bagus." . See.? Kalis tu, penting jugak beb untuk jaga hati orang. Tapi nak kalis tu, agak agak lah kan.? Jangan lah terbawa bawa sampai kes menipu.



Ehem.



Humble. Ha. Cuba bagi tau red, berapa ramai antara korang yang zahirkan sifat humble ni.? Angkat tangan.? Tengok. Tak de beb. Tu lah korang tak tahu. Sikap rendah diri ni, penting. Supaya orang tak cakap kita sombong. Cuba korang bayangkan, korang tengah syok cerita berapi api, tetiba pendengar tu mencelah, "alah dah lah tu. Aku dah tau dah kes tu. Tak payah lah cerita. Semua orang dah tahu kudd." . Apa korang rasa.? Agak agak macam nak tarik tarik pipi dia tak.? Tak pun korang rasa macam nak pijak pijak dia.

Okay, tengok contoh kedua ni pulak. Korang tengah syok syok berbual. Dengan yakin dan penuh perasaan nya korang cerita, si pendengar pulak, "oh..." , tak pun  "lah..macam tu ke.?" . Ya. Diorang merendahkan diri walaupun diorang dah tahu pasal benda yang korang cerita. Diorang respek korang tengah bercerita. Apa pulak korang akan gred kan pendengar tu.? See.? Kat situ aje si pendengar tu dah guna dua soft skill untuk curi hati korang. First, humble. Yang kedua, respect.


berterima kasih kat orang yang kritik kita.



Kalau nak cakap pasal respect ni, ada satu kunci untuk complete kan yang kita ni ada sikap respect selain daripada diam bila orang lain bercakap. Terima dan belajar daripada kritikan. Ya. Terima dan belajar. Kalau orang kritik kita tu, normal lah. And sepatutnya kita berterima kasih. Everyone is a critic. Orang kritik kita,sebab dia nak tegur kita. It's not a big deal. Exept kalau kritik yang melampau. Itu dah kes lain. Yang tu korang dah boleh pijak pijak dia.

Okay back to the topic, accept and learn from critics. Cuba positif kan diri. Terima sahaja apa yang orang tegur kita. Actually, "setiap orang yang tegur kita adalah cikgu kita". Kata Abu Hurairah

Even orang tegur benda kecil pun, for example, "hei, baju kau terbalik lah."  tak pun, "eh, tudung awak senget lah", still dikira sebagai cikgu. Jangan lah korang melenting pulak. "eh! Suka aku lah. Tudung aku. Lu pehal.?!" .Ya. Jangan melenting. Tak manis,kan kalau kita tegur orang orang tu melenting, apa kita rasa.? See.? 

Orang meninggalkan pesanan kepada kita. Senyumlah. Senyum dan terima teguran tu. Ya. Meninggalkan satu titik kepada insan lain dikira sebagai cikgu. So, do and try to accept and learn from critics.



Jadi. Ada soft skill, komform orang akan suka kita. Jangan lah kita dengki orang yang rapat dengan cikgu or lecture or bos. Sebab dia ada soft skill. Bukan bodek ye. Kalau tak percaya, korang cuba lah beberapa soft skill yang red bagitahu tadi. Seriusly effective! Nak nak tang humble tu. Seriously worked!





Terima kasih sudi baca.





Sekian





.



Tuesday, March 22, 2011

pg 41 : buat apa nak bermuram, kalau kita tahu cara untuk ceria.

Assalamualaikum.



Matahari tak bersinar tanpa hadirmu. Bulan tak bercahaya tanpa katamu. Pelangi tak berwarna tanpa sentuhan senimu. Ah.! Apa yang red merepek ni.?! Okay sudah sudah. Apa.? Red dah jatuh cinta, kata korang.? Ehem. Ha ah yelah. Jatuh cinta pada Allah. :) setuju.? Okay kira setujulah tu kan.? Kata kata jiwang kat atas pun sesuai untuk cintakan Allah :)



 "kau ni happy go lucky aje lah red. Untung kaw." ~anon


Haha. Apa kau merepek hah, anon.? Sume orang pun boleh bahagia and happy lah dher. Opss. Sorry. Ingatkan diari tadi. Haha. okay kidding. Ni hah. Meh red kongsi sikit.



"untungnya diorang. Bahagia aje. Macam tak ada masalah"


Ehem. Hello. Mana ada manusia yang tak ada masalah. Haha. Okay. red bukan nak cerita pasal setiap orang ada masalah, tapi tentang kita kena cari benda yang buat kita bahagia. Yup. Entri ni sesuai for those sape sape yang ada thought macam anon kat atas or yang kept on thinking "kenapalah aku tak boleh bahagia macam diorang" .


carilah style korang untuk ceria.


First, yang mesti ada kat dalam buku korang adalah ceria punca bahagia. Yup, ceria. Mana punca ceria.? Kenapa kita tak ceria.?



First. Sebab kita jauh sangat dengan Allah. Tak dapat hidayah weyh. Yelah. Bila kita jauh dengan Allah, macamana Allah nak dekat dengan kita, kan.? Cuba bayangkan, kita jauhkan diri daripada orang, then, mestilah orang akan jauhi kita. And yet cakap, "sombong nya budak ni".Setuju.? Jadi, start lah dekatkan diri dengan Allah.



Yang kedua, jahil. Ye. Jahil. Kurang pandai. Ehem. Means, kita tak pandai nak cari bahagia kita. Biasa nya, orang yang macam ni, dah tak pandai cari punca ceria, yet, tak nak bertanya macamana nak cari punca bahagia. Kategori ni lah yang biasanya orang kata bodoh sombong.



Ehem.



Kalau tak percaya, korang perhatikan lah orang orang yang ada aura hitam sekeliling korang. I mean, mereka mereka yang selalu selalu muram tu lah. Diorang tak pandai bercakap, yet, tak nak pulak cuba untuk bergaul. Ada tau orang macam ni masa red zaman sekolah dulu.


Jawapan bagaimana adalah pada perspektif korang


Okay fine. Kat sini red bukan nak down kan orang, tapi red nak bagi tahu yang orang ceria dan muram tu sebenarnya neutral lah. Yeah neutral. Means,  dalam buruk ada baik. Dalam susah ada senang. Benda ni kita kena ingat. Apa yang buat orang tu ceria or muram adalah dari perspektif orang tu sendiri. Macam yang red cakap previously.



Kita muram sebab kita sendiri yang pilih untuk tengok kesan jangka masa pendek. Langsung tak tengok kesan jangka masa panjang. Red memang lah pretty sure yang kesan jangka pendek ni nampak problematik. Kesan jangka masa panjang yang cerah pulak, di abaikan nya. Itu lah puncanya kita boring ,moody, sedih and sebagainya lah. Ianya dipengaruhi oleh kesan jangka masa pendek.



Ehem.



Kalau korang perasan, persekitaran kita pun boleh mempengaruhi keceriaan dan kemurungan kita. Let see. Pakai baju hitam, seluar hitam, topi hitam, kasut, stoking, hitam. Semua warna warna muram. Mana tak mood kita pun muram aje.


Cuba pakai kaler yang ceria ceria sikit. Macam biru laut ke. Hijau daun ke. Oren ke. Okay lah. kalau setakat baca, memang lah korang tak percaya. Cuba korang bayangkan lah. kalau korang tengok crowd, let see kalau kat party. Korang lebih suka tengok sume orang pakai baju warna muram or yang berwarna warni.? See.? Even tadika pun kalau korang tengok, warna happening aje.


faktor keceriaan : kawan


Kawan pun. Kawan pun boleh pengaruh keceriaan. Kalau kawan yang bunuh semangat, muram, yang kira memang stok jatuh kan korang lah, memang tak ah korang nak ceria,kan.? Cubalah korang ada kawan yang ceria aje memanjang. Yang buat korang gelak. Buat korang rasa nak pijak pijak dia. Mesti hidup korang happening. Carilah kawan yang macam tu. Macam red. Kan.?



Ehem.



Yup.It's true that ada certain things yang buat kita sedih. Normal lah rasa sedih and down kan.? Nak nak lagi bila baru lepas putus cinta. But. Ada jugak benda yang kita terlepas pandang, untuk buat kita ceria even dalam kesedihan.



Okay. Mind programing. Mind program ni penting. And I mean sangatlah penting. Macam yang red cakap kat entri lepas. Korang kena lah set kan otak korang on positif thought. Buang kan semua negative thought. Be positif.! It's okay kalau korang tak dapat nak positifkan diri masa korang aktif.


Yeah. Memang red mengaku. Memang tak senang + mudah nak jadi positif bila kita tengah down gila gila. Nak nak lagi bila kita lalu kat tempat yang bawa kenangan. But still.! Kita still boleh set minda kita positif. Bila malam melabuhkan tirai. (haha. pandai pulak aku berkias). Okay back to the topic. Set our mind positive bila nak tidur. Fikirkan yang kita nak ceria untuk esok pagi. Nak get through ujian ujian Nya dengan lebih tabah. And so on.



Berdoa. Ya, berdoa lah sebelum tidur. Mintak kat Allah, "esok pagi, bila aku terjaga, jadikan lah aku orang yang positif, ceria, bahagia, beriman dan buat apa pun sebaik mungkin, ya Allah" . Tak susah pun kan.? Just sebaris ayat ni untuk setiap kali sebelum tidur. Ya, sekali lagi red nak tegaskan kat sini. Berdoa lah. Kita tak berdoa, tak dapat lah. Dah nama pun doa. Doa = Minta. Insyaallah Allah perkenankan bila kita meminta. Kalau kita tak doa untuk jadi ceria, macamana kita nak ceria, ye tak.?


Biarkan dendam korang berlalu pergi. It's really okay.


Maafkan orang. Ha. Red tahu benda ni susah nak dilakukan pada sesetengah orang. But, listen. Bila kita maafkan orang, dendam kita semua hilang. rasa benci semua akan hilang. Tak ke benda ni lead us to keceriaan.? Don't you think so.? Fine, kalau tak dapat jugak, try maafkan orang bila korang tengah berbaring. Yup. Maafkan orang sebelum korang tidur. Kalau korang tak percaya, korang try lah.



Ya. Kalau korang perasan, memang 60% ulasan red tentang segelintir cara untuk buat kita ceria and bahagia adalah bila sebelum tidur. Kajian pernah kata, bila tiba nya malam, badan kita akan rasa berada kat masa paling relax. Allah pun dah nyatakan dalam al-Quran bahawa malam diciptakan untuk kita tidur (relax). Plus, setiap benda yang kita fikir sebelum tidur adalah lebih kuat gamnya ke otak kita. Jadi, yang mana doa korang, mind set korang, insyaallah akan bagi effect.


 
Sebab tu lah kebanyakkan cara untuk ceria atau bahagia red tekan kan kat sebelum tidur. Red pun sure, yang ramai antara korang tak perasan fenomena ni kan.? Jangan tipu. Jadi, buat apa kita nak bermuram kalau kita boleh ceria.?





Terima kasih sudi baca.





Sekian





.


Saturday, March 19, 2011

Perasaan Takut Tak Wajar Ada Dalam Diri Kita.

Assalamualaikum.



Oh oh. Semalam dapat panggilan daripada adik. Amat lah merindui dia. Haha. okay tipu. Actually kitorang dah lama tak sembang. Mula mula cerita pasal khabar. Then beralih ke kesihatan. Pastu beralih pasal bf dia. Then beralih kat result SPM.



Banyak pulak kita sembang yea. Tak sedar pun dah pukul 2 pagi. Ehem. Okay stop. Haha. Tak menarik. But, to make this topic interesting, meh sini red kongsi sikit something yang menarik.


"Abang, takut lah result SPM. Risau tak dapat result baik."


Haih. Adik oh adik. Kenapalah kau risau sangat. Dah 5 bulan abang red cakap, tak payah risau. Teringat pulak abang, bila ayah abang marah mak abang bila dia risau anak sulung dia tak balik balik. Mana tak nya, masa tu abang long baru 8 tahun. Pergi kedai beli jajan pastu tak balik balik.



It makes my mum worried. Hoho. Tapi red ingat lagi apa yang ayah cakap kat mak. "Eh awak ni. Tak payah lah risau. Cuba yakin sikit yang Allah tu ada.!" . Yup. Red pegang kata kata tu sampai sekarang.



 Jangan zahirkan kerisauan.


Jadi, perasaan risau dan takut tak perlu ada dalam diri kita. Kalau waspada, yes. Concern, yes. Tapi afraid, worry, nope. Not at all. Tak boleh ada.! Sebab, takut dan risau ni adalah doa. Mana tak nya. Selalu dok fikir tentang benda yang dirisaukan tu. Lama lama jadi doa lah dia.



Plus, bila ada perasaan takut, risau, maknanya kita hilang rasa percaya yang Allah tu ada untuk tolong kita. Cuba lah elak kan perasaan takut dan risau ni, ya.?  


"But, how.?"
 

Haiya. Adik. Itu pun mau Tanya ka.? Doa lah adik. Doa dan tawakkal dengan istiqamah. Isyaallah, everything wouldn't be wrong.



Think what could be right



Tapi bila difikir fikirkan balik, Yup it's true that rasa takut dan risau tak patut ada. On the other hands, ia nya perlu ada. Tapi bukan sebab dunia. Tapi tentang akhirat. Ya. Red nak selitkan sikit tentang mati.



Yup. Ini pun tentang risau. Risau tentang sakit dalam dunia. Risau tentang sakit di dunia tak perlu ada. Semua sakit kat dunia pasti hilang. Yup. Ianya pasti hilang. Lepas mati. Yet, risaulah sakit di akhirat. Sakit selepas mati. Ya. Itu lah risau yang kita perlu ada. Setakat semua yang terjadi kat dunia, Allah pasti tolong.




Terima kasih sudi baca.




Sekian




.


Thursday, March 17, 2011

Segmen Red nak kongsi item : Semua otak manusia boleh baca tulisan serabut

Assalamualaikum.




Pagi yang cukup indah. Baru je habis speaking test part 2. Yup. Baru part 2. Memang agak perah otak fikir idea. Haha. red taip pun dah lintang pukang. Dah penat fikir, tak cukup masa pulak nak menulis isi nya. haha. Sekali, blur pulak betul masa Task A.



Ehem.



Actually red nak tegaskan yang pentingnya shortform time time nak catit nota. Haa.! bosan nya entri ni. TAPI. Tahu kah anda tentang otak kita boleh baca tulisan yang serabut.? hoho. Kalau tak percaya, cuba baca benda ni :


klik untuk besarkan.


Amacam.? Tengok betapa hebatnya ciptaan minda yang dikurniakan Allah. Awesome.! credit to incik botak (http://budakbotak.com) .


But still, dalam penulisan untuk bacaan umum, kita tak boleh. And I mean. Tak boleh.Tulis shortform.


Kalau setakat masa personal chatting such as  im or text message, boleh lah. Sebab korang berbual berdua aje. Tapi kalau untuk bacaan umum, sila guna kan ayat yang orang jelas boleh baca and faham. Ingat ye, bacaan umum bukan untuk kita seorang sahaja yang baca. 


Sekali lagi ditegaskan, short form hanya digunakan bila kita sendiri nak baca. Bukan untuk kongsi something dengan orang lain



Tulisan formal penting dalam penulisan umum.



Cuba korang bayangkan, setiap majalah yang korang beli, diorang guna kan shortform. Agak agak, korang nak pijak bakar bakar majalah tu, tak.?


Yup. The conclusion is otak kita memang boleh baca tulisan yang serabut. Tapi bukan semua orang nak baca short form kita.




Terima kasih sudi baca.



Sekian



.


Wednesday, March 16, 2011

pg 38 : kaitan Al-Quran dan Tsunami di Jepun

Assalamualaikum.


Kali ni post red simple sikit. Tadi masa tengah usha usha blogger tegar red found something interesting. macam entri red yang sebelum ni , cakap cakap macam red tak nak amek port tentang nippon, kan.? 


Tapi isu yang di utarakan blogger tegar ni  sudah tarik perhatian red. Check this out. Tsunami di Jepun dan di dalam Al-Quran.


Ehem.


Dah tau dah korang malas klik. Biar red ulas sikit isi nya.


As korang already know, the disaster happens on  6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432. Let see at tahun 6. 4. 1432. 
kita pecahkan kepada 14 || 32 .
 
Al-Quran juzud 14 ayat 4.

Sumber asal.



"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya"


-ayat 4 surah Al-Hijr



How's that.? mengancam tak reasearch blogger tegar ni.? Ehem. next, kita amek 1432 . 14 || 32.
 3 || 2 . Tengok kat number 3.


Take a look at kawasan yang jadi mangsa, kedudukan Jepun dan Wilayah Sendai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138

Take a look at the longtitude and latitude : 36, 138 :

3+6+1+3+8 = 21 
next,  2 + 1  = 3 
Proved that  3 is Nippon. ( I don't know what the hell is this) 


Nippon.


Let see. Kat Nippon memang banyak wilayah. But wilayah yang jadi mangsa adalah wilayah Sendai. Which is kat Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53.


So, lets check this out : 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30
so next 3+0 = 3.
Proved that wilayah yang Allah maksud kan dengan angka 3 adalah Wilayah Sendai di Jepun. ( Aku dari tadi tak tahu apa kaitan semua benda ni dengan nombor 3)

Ada lagi.!
check this out.:
 Masa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia. Gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..

So 1+4+4+6 =15
So next, 1+5 = 6
*proved that 6 membawa maksud masa yang akan berlaku gempa bumi. (Gegaran naik pelan pelan start dari sekitar pukul 6 UTC)


Next, 1432 kalau di pecahkan 14 || 32, lets take 14 dan di pecahkan 1 || 4 , then angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. Means, dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. So angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat. (Angka 4 masih lagi diketahui apa maksud nya. who knows.? wallahualam.)



Di persilakan untuk share. To remind us back tentang segala perkara yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar buat selamanya. mahupun di dunia atau pun akhirat.


credit to blogger tegar. Eventhough dia pun tak tahu siapa yang buat artikel ni, still, red tak dapat nak pertikaikannya.




Terima kasih sudi baca.




Sekian



.


Tuesday, March 15, 2011

pg 37 : ilusi dari Lady Gaga untuk sesatkan umat manusia

Assalamualaikum.




Rata rata blogger sekarang tengah ceritakan tentang betapa teruk nya tsunami yang melanda negara matahari terbit.


" Red, u tak nak amek port ke.? Or you tak kisah langsung.?"


Oh oh lazer betul cik F ni. Haha. ehem. Don't get it wrong. Red bukan tak amek port. Red tahu jugak lah kes ni tengah hangat. Gila apa red tak amek port isu semasa. Lagi lagi Nippon. Negara yang red teringin nak jejak kaki tuh.!


"dah tu.? Kenapa macam tak endah aje.?"

Adoyai ini mak cik F nye pun. Sula sula lah membebelnye pun ini kan. Aha. Tonggang terbalik ayat aku. Haha. ehem. Mana ada tak endah. Apa, salah ke, red tak buat entri tentang isu semasa.? Dah semua orang nak post tentang tsunami tu, then apa lagi kau nak, mis F.? Baca lah. Tak perlulah semua orang nak post benda yang sama, kan.?




Ehem.




Sorry berkasar.  Tak berniat pun. Tapi yang red nak bincang kan sikit adalah satu benda yang menjadi isu di pale hotak red ni ha.


Apa itu.? Ni ha.


klik untuk besarkan




Yup. Lady Gaga nak menyumbang something kat mangsa tsunami Nippon. Dengan cara tersendiri lagi pulak tu. Kreatif gila ah. Gelang tuu.! Ramai ramai pakai kasi meriah.

 
STOP.! Muslimin dan muslimat sekalian, tolong jangan terpengaruh dengan plan 'mereka' . ehem. Korang tahu kan, tentang pertukaran agama LG.? Yup. Yang dahulu nya kristian kini memeluk agama yang bertuhan kan dajal. Dikatakan nya agama dajal tu ada kuasa lagi kuat. Sebab tu LG masuk agama tu.


Then ada pula kes LG kutuk kutuk kristian dan paderi nya. Well. As we know that kristian still a religion even ianya kafir. But agama dajal tu is a completely dark. Agama yang menyeru pembakitan dajjal.


Take a look at how their plans on unite people.



Tak Nampak.? Okay red tolong zoom.

kenapa gambar tangan yang dikatakan nak membantu tu, semacam.?


Ha. See.? Hmm. Sangat memusykil kan otak red. Apa sebenarnya rancangan diorang.? Pelik bebenor lambang tangan pada gelang rekaan LD. ehem. kenapa eik.? macam lambang tangan apa eik.? hmm.. Cara ilusinya memang sangat menarik dan senang mempengaruhi orang. jadi korang hati hati lah dengan ilusi ini.




Terima kasih sudi baca.




Sekian




.


Monday, March 14, 2011

Segmen Red nak kongsi item : Turn your name into a face

Assalamualaikum.



kat segmen ni red nak share benda pelik. Tengok ni.






Hahaha. Entah mana entah red cilok link ni. Fun kud. Tengah tengah bosan, red pun layan aa benda ni. Dia tukar nama jadi muka. memang sangat mengarut. Berguling guling red gelak bila taip nama room mate. Tipu.


Ehem.


Okay. korang kalau bosan bosan, cuba lah main nama kat link ni. Turn Your Name Into a Face.


I bet its fun.!


Sunday, March 13, 2011

pg 35 : konsep jahilliah yang terbiasa di zaman kita

Assalamualaikum.



Pagi yang gelap kini sudah terang. Ehem ehem. Suara tak sedap macam katak. Haha. Pagi ahad yang cerah. Tak tahu apa plan pagi ni. Tak de aktiviti kud. Ha. Red pun duduk lah tepi tingkap perhatikan aktiviti para pelajar U berlegar legar di medan makan.


Ehem.


Dengar dengar sikit. Apa tu.?


 Psst psst. cik senah oi..



  
"ehem. Cik senah oi. Tengok lah tu. Anak kamu. Bergaya semacam. Nak keluar bandar dengan boypren lah tu."
"alah. Biasa lah tu."

"cik senah oi. Lagu ape yang anak kamu pasang tu.? Bising semacam aje."
"alah biasa lah tu, cik mun oi. Punk rock lah katakan"

"cik senah oi. Kenapa anak laki kamu ni pakai ketat ketat.? Kalah pakaian gurls cik senah oi."
"alah. Biasa lah tu, cik mun. Kan trend."




Okay, perasan tak dialog kat atas takde kena mengena dengan pendahuluan.? Memang sengaja pun. Cari perhatian aje. Tapi mintak maaf kat sape sape yang namanya senah dan munah. Memang sengaja nak guna nama korang. Yup. Memang sengaja.



Ehem.



Okay back to the topic, "biasa lah tu." memang selalu kita dengar. Dah lali sangat lah kan.? Tapi cuba perhatikan satu lagi dialog ni :



"cik senah oi. Anak kamu yang yang gurls gurls ni, memang free hair ke.?"
"biasa lah tu cik mun."
"biasa, kamu kata.? Cik senah.?"
"iye lah. biasa lah orang free hair"
"ehem. Perbuatan jahilliahdi Negara Islam ni kamu kata perkara biasa, cik senah.?"
"......."



Ha. Terdiam cik senah. Ehem. Korang pernah terfikir tak.? Negara kita sekarang dah anggap perkara jahilliah ni perkara biasa di zaman kita ni. Memang tamadun kita dah mengundur ke belakang eik.?


Amek lagi satu contoh, tamadun yang dulu kala (orang purba), baju nya memang lah tak cukup kain maklum lah. Belum ada revolusi dan tak ada tukang jahit baju dalam profesion kan.? Then, tamadun seterusnya, lahir para tukang jahit yang berkaliber. Molek aje baju dijahit. Baju melayu. Baju kurung. And macam macam lagi lah. Elok aje tutup aurat.


Tapi bila tengok zaman sekarang punya baju. trend. Sempit sempit baju, orang pakai. Tak cukup kain pun ada. Pelik. Zaman mengundur.? Trend.? Ehem. Think.


kita tak perasan benda yang biasa berlaku.



Okay. Maybe sebab peredaran semasa yang menjadi kebiasaan masyarakat kud yang menutup ilusi ni. Yelah. Cuba bayangkan. Orang biasa jalan guna kaki. Ada kita Tanya, "eh. Kenapa dia jalan guna kaki.?" . Tak ada, kan.? Melain kan bila orang jalan guna tangan. Mesti ada yang tanya, "eh. Kenapa dia jalan guna tangan.?"


Memang ini kes ni menjadi ilusi kat mata dan minda kita. Pergolakan tamadun dunia yang mengundur. Berapa orang aje yang perasan kan.? Zaman jahilliah dulu dah enter kita punya tamadun.?




Terima kasih sudi baca.




Sekian




.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...