Surat Reply Dari Future | Cara Menulis Surat Untuk Future Kakanda. | Gitarputeh


Wednesday, October 05, 2011

Surat Reply Dari Future | Cara Menulis Surat Untuk Future Kakanda.

Assalamualaikum.


Surat awak sangat sweet


Kehadapan kakanda yang ditaati. Saya dah baca surat dari awak. Saya dapat rasakan ketulusan hati awak ketika menulis. Saya terharu sambil nangis-nangis tahu? Saya pun tak tahu kenapa saya kena menangis untuk lelaki gatal macam awak. Serius saya tak faham.



Awak, saya tahu awak sangat baik. Dan gatal. Tak apa. Gatal tu saya ketepikan. Sebab memang semua lelaki dalam dunia ni gatal. Gatal tak apa. Yang penting awak setia. Tak payah cakap lelaki handsome je gatal. Even  lelaki botak pun gatal lah awak. Ehem. Kami kaum perempuan memang dah tahu perangai subjektif lelaki. Sebab tu kami tak pandang paras rupa. And most of us akan pandang pada duit dulu.



Eh awak jangan cop kaum kami ni mata duitan. Bukan apa, setakat kata kata 'money is not everything' tu dah lapuk lah awak. Zaman sekarang semua nak pakai duit. Even nak senyum pun pakai duit tau. Cuba awak bayangkan. Nak makan, tak ada duit. Bila lapar, rasa down. Bila down, tak bahagia. Bila tak bahagia, macamana nak senyum? So, duit sangat sinonim dengan kehidupan kita semua, kan awak?



Pfft. Of course it can


Okay, yang tadi tu saya cuma bercakap tentang duit dan umum. Kalau kat rumah pulak. Macamana kami (kaum perempuan) nak masak untuk suami kalau tak ada duit nak beli ayam-daging-ikan-sayur? Karang kalau kami tak masak, si lelaki kata kami malas pulak. Lepas tu sibuk kata nak upah bibik. Then, kalau pilih tu, pilih yang solid-solid pulak tu. And yet, bagi alasan supaya kami ada teman berborak. Peh-liss.


Kakanda yang disayangi,


Sebenarnya banyak lagi cara untuk kami cari teman berborak. Apa guna ada anak anak kalau buat teman borak? And then, sambil jadi teman, boleh lah didik pasal agama. Mengaji misalnya. Nak harapkan lelaki? Kerja pagi balik malam. Entah bila entah nak ajar anak-anak pasal agama. Eh. Saya tak cakap awak tau. Saya cakap kaum awak je. Awak baik. Awak selalu bagi duit and pandai bahagi masa untuk saya dan anak-anak.



Awak, saya tengok, lelaki zaman awak tu, tak kira  handsome or tak, baik atau jahat, semua nak isteri yang baik-baik. Saya tak faham. Asyik-asyik kalau bab ciri-ciri teman hidup, mesti semua nak yang bertudung, baik akhlak, sopan santun etc. Tapi diri sendiri solatnya tak pasti cukup ke tidak. Jangan-jangan tak pernah solat. Lepas tu, nak sentuh sentuh kes perempuan ramai tak tutup aurat pulak.Seriously?
 


Boys, please be responsible-looking person
 

Awak, saya tak faham kenapa kalau bab aurat dibuka, mesti nak point pada perempuan. Eh lelaki pun lebih kurang lah. Saya tengok ramai aje lelaki pakai seluar pendek. Budaya Amerika lah katakan. Awak, kalau boleh awak nasihatkan lah kaum awak tu. Bukan apa. Nak pakai seluar pendek tu boleh. Tapi jagalah. Nak berseluar pendek biarlah kat rumah sendiri. Jangan lah sampai nak pergi study group pun pakai seluar pendek.



Memang lah lelaki dengan lelaki tak apa. Tapi takkan lah tak reti nak hormat kaum perempuan kat dalam rumah tu? Kalau rumah kawannya tu tak ada kakak atau adik perempuan tak apa lah jugak. Kan secara tak langsung dedahkan aurat tu. Hey, ini baru kes pakai seluar pendek kat rumah kawan lelaki tau, awak. Belum masuk kes lelaki pakai seluar pendek masa pergi jumpa bakal mak mertua. Ehem.


Kakanda yang dicintai,


Saya tak kisah kalau awak tak jadi orang pertama wish birthday saya. As long as awak ingat birthday saya. Lagi pun, buat apa nak jadi orang pertama wish? Sia sia je usaha tu, awak. Sebab wish pertama tu akan ditimbus oleh wish wish dari orang lain yang menyusuli. Lebih baik jadi orang terakhir wish. Baru lah romantik. Awak bayangkan, 5 minit sebelum birthday saya habis, awak call saya semata mata nak jadi orang terakhir wish. Serious, sangat romantic time tu. saya dah boleh bayangkan dah. Aww aww.



Dan yang terakhir sekali saya mohon satu benda je kat awak. Please please please and please jangan merokok. Yes. Of course saya boleh lepak dengan smokers. Well, kalau dulu maybe saya dengar someone tu smokers je saya terus ban. Tapi since saya baca blog Gitarputeh troll pasal perempuan yang suka ban lelaki smokers, terbuka sikit minda saya. And yeah. Tuan blog tu serious pandai psiko orang.<3



 Think about our future kids


But, lepak lepak dengan smokers dengan kena hembus asap rokok adalah dua perkara yang berbeza okay. Awak kena tahu, kelakuan tu sangat tidak sopan terhadap kaum kami. So, take notes. But, saya tak peduli. Kalau awak mahukan saya, awak dilarang sama sekali untuk merokok. Not for me, but for our future childrenssss sake. Saya tak mahu baka yang merokok. So, kalau awak smoke, genetik awak akan pindah ke anak kita. And saya tak nak tu.



Well, rasa nya tu semua je permintaan saya untuk persiapan awak sebelum kahwin dengan saya. And saya sangat jealous dengan kawan saya yang dapat surat dari Mejah. Yes. Sangat beruntung saya kalau awak motivate kan diri awak dari surat yang kawan saya dapat. Tapi tak apa. Saya tetap tak akan pilih Mejah. Sebab nama saya bukan start dengan huruf (s) . Awal awal lagi dia dah bagi tahu nama future wife dia kena start dengan huruf (s). Sebab tu banyak "kehadapan my future wife(s)" kan? kan? kan? Or saya yang lampi? Okay abaikan kalau saya salah.



Saya banyak demand bukan sebab apa. kalau nak jadi pemimpin yang baik untuk saya, biarlah berduit untuk sara saya dan anak anak untuk seumur hidup, boleh didik 'amar ma'ruf nahi mungkar' kat saya dan anak anak, and sentiasa fikir segala baik buruk awak (smoking) akan diwarisi oleh anak kita. Which is saya tak mahu benda tu berlaku. Serious. By the way, saya bebel panjang panjang ni, saya nak awak tahu. Saya bukan miss red yang pernah kacau blog awak dulu.. Serious bukan. Sila percaya.



Bebelan yang ikhlas dari sayangmu masa hadapan,
xxxxxxxxxx



.


70 comments:

alepridz said...

pasal seluar pendek tu tersentap mak nak jugak lah aku ni... sebab aku pun selalu buat... huhu....

pasal yang besday wish tu serius good idea... nak try buat lah nnt... hehe...

p/s: itu pun kalau future bini aku betul2 wat surat camni kat aku...

(haaaa... sambil tangan atas bahu mata pandang langit...)

ekabukanmakcikkau. said...

hahh aku pon menyampah dengan laki yang bajet bagus sangat kau ingat nampak bulu kaki tu kau henseng? tolong sikit ehh

ReYnn said...

kemain lagi permintaan byk beno XD

ceritasekupang said...

walaupun permintaan saudari xxxxxxxxxx panjang dan banyak tapi huraian dan sebab yang diberikan sangat munasabah. Kalau berubah kepada kebaikan mesti banyak kelebihannya..

Eyka said...

untgg laa bakal wife reply surt balik! kakakaka :P

rainyscream said...

dengar tu red!! ahahaha

Nur Fannun said...

aku pun tak suka smokers..tp xban, susah le nk terima lelaki yg merokok...klu takat kwn je ok...

Nur Hamizzah said...

pasal duit tu tol la kot. takdelah nak kaya sangat, but at least berkemampuan.

pasal lelaki yg smoker,aku no hal kot. since member2 lelaki aku pun ramai yang smoker. setakat kawan okay la. but, not for me.

lelaki pakai short pun no hal kot. style kot.hahaha. wish bufday paling lambat pun mmg nice.

Sang Pemerhati said...

huiyoo..surat double meaning nihh..banyaknya miss xxxxxxxxx ni puji red...confirm penuh semangkuk hidung tu kembang sebab kena puji..haha

Ana Shuwaa said...

haha,,mcam2 jenis surat ye ada skrang nie..maju wooww :D

si macho said...

ade aku kisah ke minah ?


sukahati aku la nak pakai sua pendek ke smoking ke .aku tak nak kau pon .p kawen dgn org lain /ptuiihh :hoho wakakakkakak


jawab si lelaki durjana :nono :hoho ok merepek okbai --,-)/

Red said...

alep > cepat gila kau weh. haha

Red said...

eka > "tolong sikit ehh" aww.. aku terpikat! lalalala :D

Red said...

reyn > haha.

Red said...

ceritasekupang > err. ok

Red said...

eyka > haha. sure ke bakal wife yang tulis? kah kah kah

Red said...

rainys > haha. mana? mana?

Red said...

fannun > kwn stands for apa? kawan o kawen? haha. Larikkk!!

Red said...

hamizzah aku selalu buat. hoho.

Red said...

pemerhati > haha. mana ada. ni lah namanya puji diri sendiri. wakakaka.

Red said...

ana > well

Red said...

si macho > ingat kan hg marah aku tapi. wakaka

senyumSOYA said...

red..
awat children ada (s) errr?
hehehe..gurau ja ok..

cikgu marah kalau grammar salah ^^"
dari future cikgu.. kih3~

Atiqah Wadiah said...

surat utk bakal kakanda..nice2..suukerrr <3

Red said...

senyumSoya > baik cikgu :P

Red said...

Atiqah Wadiah > boleh diguna pakai untuk bagi kat boifren awak :P

laskar pelangi said...

bagus bagus:) yang part paling best. tak nak yg smoker.nanti dapat genetik perokok..he3

Tasha said...

red puji diri seniri.wekkk...haha

Eyka said...

ok kena tipuu -.-

Ekmi Rabat said...

tang birthday tu mmg idea yg bernas.


My Latest Entry: The Greatest Love Story Earth Ever Had.

Za said...

serius giler suka tahap cinta mati la kat post entry u..hahaha..muntah! tolong lah..hahaha...i like the way u joke..n mcm2...lain kali buat g tau...soon i baca :)

ekabukanmakcikkau. said...

kau terpikat? aww sukanya ahhaa

Norashiqin Kamaruzaman said...

..hahahha.....ok pasni nak wish last2 la...hohoho....

no komen pasal perokok tu...urmmm....

stellaizz said...

hahahha nice pos i like

ismahrasyidahmansor said...

terbaekk !! :)

Red said...

laskar pelangi > :)

Red said...

Tasha > haha. mana taw ni? :P

Red said...

Eyka > haha :D

Red said...

Ekmi Rabat > aku taw. hoho.

Red said...

Za > haha. za terpikat ke? :P

Red said...

ekabukanmakcikkau. > aww. aku taw. surat ni dari kau kan? lalala.

Red said...

Norashiqin Kamaruzaman > kenapa no komen? kenape kenape kenape ???

Red said...

stellaizz > kan? haha.

Luna Chempaka said...

teringat time naik bas dulu2 balik dr tusyen. nmpk mamat ni muka ensem dah, skali pkai seluar pendek bunga2 matahari, melambai2 je bulu kaki dia bila drebar bas bwk laju -_-

Ain Atika Zailani said...

wahhh surat cinta..hmm betul tu...memang kadang2 kena demand jugak.

rozeeta rashid said...

nak jaga anak orang kena la ada duit ye dak. hehe. say no to smokers! =) bab seluar pendek tu setuju! masa main bola selalunya ramai lelaki yang pakai seluar pendek atas lutut.

Ariana Philsophea said...

heheheee...agak2..kalau dia main bola pakai selua panjang..mesti macam budak tadika..hahhaa..smoking! stuju! ta ske lelaki smoking ni..

Red said...

Luna Chempaka > part melambai lambai yang takleh blah tu. hahaha :D

Red said...

ismahrasyidahmansor > :D

Red said...

Ain Atika Zailani > thax komen perenggan terakhir :D

Red said...

rozeeta rashid > ha ah kan kan kan :P

Red said...

Ariana Philsophea > haha.. ari ni.. :P

EZAN IDMA said...

i hate smokers argghhh - tetibe hehe

El-Janna said...

huihhh... mejah punya surat lagi sweet tau^^ keh989

missa said...

waaaa.. baru igt nk wat entri pasal nii.. tp bukan version surat ar... huhu. btw nice job ! tggu surat dr future son/daughter lak laa.. kikiki

Red said...

EZAN IDMA > me too. arghhh. tetibe. hehe :P

Red said...

El-Janna > ai taw :P

Red said...

missa > thax missa :P

anamizu said...

perhhh! gila sentap mak nak!
this is best bro!
apsal la gua baru tau
kewujudan blog lu nih? aiseh!
cisss!





slm kenal,
anamizu

Red said...

anamizu > hai ^^

nick dot anis said...

hahahaha da lama tak dpt surat2 cinta ni haha

Red said...

nick dot anis > :D

Naz said...

:baby... red..cmne nk tulis surat kat bakal awek :geleng

atiqa aris said...

ehh psl duet tu sy sokong la,laki skang nihh xde duet pon kemain ag ngayat popuan.no money,no talk la ek.hahaha

Cik Ketam Malas said...

Comel. hahaha

onie said...

biasa lelaki ramai duk tuding ke arah perempuan,walhal dorang pon sama?aurat masing-masing...so,pandai-pandai la jaga kan ...

fatinmyra Sweet :) said...

ehem .
klw bukan miss red , hurmmm ..
sapee eyy abg ?
ish ish ish .

FYA PELANG! said...

haha. red lelaki demand !! :))) tengs komen entry ;DD




ehemm. thanx follow setelah sekian lame mengenali :P

dRopPuc!noo™ said...

aurat laki dengan laki pon dari pusat ke lutut, same goes to perempuan dengan perempuan muslim, aurat dari pusat ke lutut! peace.

xda duit cane nak makan. tapi still duit bukan di tapak pertama. mungkin kedua. iman tu penting :)

nisa said...

red, idola awak mr.k ke ? ayat macam tiru dia je.blog awak pun dah macam blog dia lah.eh, just saying :) btw, nice blog.tpi entry ni saya dah lama baca di blog the other khairul.

but overall, sangat nice. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...