Bila Ada Fatwa Kata Suara Perempuan 100% Aurat Terhadap Lelaki. | Gitarputeh


Monday, July 18, 2011

Bila Ada Fatwa Kata Suara Perempuan 100% Aurat Terhadap Lelaki.

Assalamualaikum.



I found a paper sheet


Hello girls with lovely voices and boys yang suka dengar perempuan menyanyi sekalian. Okay. Sabtu lepas. Eh tak tak. Sabtu bulan lepas. Aku terjumpa satu sheet yang menulis something dem like islam adalah sangat susah. Sekeras keras dilarangnya lelaki tak boleh bercakap dengan perempuan selagi tak kahwin. And I was like, "fuuu!. Apakah ini.?"






Kami tidak berzina !
Maaf, saya tidak menuduh awak berzina, tetapi awak menghampiri zina.


Kami hanya barbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?
Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan.


Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat, pesanan Rasulullah : Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan(Tabrani) . Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.


Tidak semestinya semua orang bercinta* menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!
Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora, lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja.Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?


Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan.




Seriously. Islam sangat ketat macam tu ke.? Berbual antara lelaki dengan perempuan pun tak boleh.? I mean, kenapa kolot sangat pemikiran.? Atau mereka melebihkan hukum dari logik akal, sampai bercakap antara lelaki dan perempuan dilarang keras gila.?



Well, demi tak bercakap kosong, aku pun buat research (ceh, research beb) untuk kuatkan isi aku, yang islam ni tak adalah ketat sangat. Sampai nak bercakap antara lelaki dengan perempuan pun dilarang keras. Pfft. Well, gladly aku jumpa beberapa maklumat yang akan menguatkan isi aku. kepada para pengeluar-fatwa-yang-mengetatkan-gila-cara-islam sekalian, dengar elok elok.



Konteks meluas bukan bermaksud asyik dilarang


Sebenarnya islam tu syumul. Tak ada lah ketat gila macam shit sheet yang aku jumpa tadi. Ada beberapa faktor yang betul betul membuktikan islam tu longgar. And bukan sahaja tak melanggar syariat islam. Malah boleh diterima akal. Tanpa buat orang kafir fikir, "Peh. Leceh gila islam ni..kalau leceh macam ni, siapa lah nak masuk islam ni. Pfft."



Well, basically korang tak boleh nak main bang terus hukum haram pasal 'bercakap dengan bukan muhrim dalam islam'. Seriously. Okay. First, macamana dakwah nak disampaikan kalau syarat bercakap punyalah ketat. Sampai nak perempuan nak bercakap dengan lelaki kena tunggu kahwin dulu.? It's really wrong, dude.



Hey, even perempuan yang pakai purdah pun, kena bukak purdah,  dan melontarkan suara sekuat mungkin. Agar pelajar pelajar dia dapat dengar apa yang dia sampaikan, tahu.? Okay korang bayangkan, korang tengah belajar. Dapat pulak cikgu atau lecture yang suara-macam-dalam-kelambu dengan alasan 'suara perempuan tu aurat' . Rasa buang masa tak, bila tak dapat dengar ilmu yang nak disampaikan.? Aku bet. Mesti cikgu atau lecture tu tak habis belajar bab mudahnya islam.



Lingkuplah perniagaan kalau tak ada hak bercakap


Next, dalam perniagaan. Yes dalam perniagaan. Macamana sesuatu perniagaan tu nak naik kalau perbualan dari segi islam ketat gila.? Hey even islam sendiri menggalakkan kita menceburi bidang perniagaan tahu. Sebab 90% rezeki datang dari perniagaan (correct me if i'm wrong).



Okay. Korang bayangkan, seorang ibu suruh anak perempuan dia beli sayur kat pasar. Dan dan tu lah kat pasar cuma lelaki aje yang berniaga. Budak perempuan tu pun dok fikir, "Macamana nak beli ni, suara perempuan kan, aurat terhadap lelaki..". Dia pun balik rumah tak beli apa apa. And last last sampai ke malam satu keluarga tu tak makan. (contoh aje..) So, take note! Suara perempuan bukan 100% haram untuk lelaki.



Juga dimudahkan bila kecemasan


Point yang seterusnya buat aku rasa macam nak tergelak. Aku tak boleh bayangkan macamana kita nak mintak tolong kat orang lain masa kecemasan kalau korang anggap suara perempuan tu 100% haram untuk lelaki bukan muhrim dengar. Korang bayangkanlah. Dalam satu banjir. Ada baby ni terhanyut.



Luckily, ibunya perasan akan kehayutan anak dia. And dem-ly, ibu tu anggap islam larang keras untuk perempuan berbual dengan lelaki selagi tak kahwin. Dan dan jugaklah kat situ ada lelaki yang paling dekat dengan baby tu sebelum terus hanyut jauh. And sangat kolot pemikiran korang kalau korang kata suara perempuan tu 100% aurat untuk lelaki.


Ehem.


And lastly, aku tahu ramai yang akan suka point last ni. Sebab islam menghalalkan perbualan antara lelaki dan perempuan dalam mencari jodoh. Okay bertenang. Bertenang. Jangan teruja sangat. And aku tahu ada juga orang yang cakap macam ni, disaat membaca blog aku, "Ape bende ntah red ni bualkan. Dah sah sah point tu tak boleh pakai sebab dalam islam mana ada couple couple ni.".



Nak bercinta boleh, tapi jaga batas


Well, sangat kolot fikiran korang, kalau korang terus kata couple tu haram. Okay fine. Biar aku ulas sikit. Secara logiknya, korang akan kata couple tu haram sebab bila bercouple, mesti pegang pegang tangan, kiss kiss, hug hug, keluar sampai lewat malam. Semua sebab perbuatan yang boleh mengundang ke arah maksiat. (siapa suruh korang buat 'sebab' korang tu.?)



Tapi macamana pulak dengan tunang (style sekarang).? Okay bayangkan korang dah bertunang. Korang pun keluar dating sama sama. Parents pulak tak kisah sangat sebab korang dah bertunang and semua orang pun dah tahu pertunangan korang. Korang pun keluar sampai lewat malam. Pegang pegang tangan. Kiss kiss. Hug hug.



Then, bagi alasan, "Takpe. Tak lama lagi kami akan berkahwin.". Fuuu! Kenapa taknak haramkan pertunangan pulak.? Well, conclusionnya, couple tu tak haram selagi kita tak buat benda yang melanggar syariat islam. And dah tak ada nya lagi, istilah lelaki tak boleh berbual dengan perempuan (100%) sebab ianya bakal mengundang ke arah maksiat.



Selagi tak membangkitkan


So far, yang aku tahu dalam research aku, suara perempuan cuma akan jadi haram kat lelaki bila perempuan tu mendayu dayukan suaranya, melunak lunakkan suaranya, bercakap dengan suara yang menghairahkan. Sebab ianya sangat sangat boleh mengundang nafsu lelaki untuk bangkit. Seriously.



Kalau tak percaya, korang tanyalah lelaki paling rapat dengan korang. Ayah korang misalnya. Jangan tanya bf korang. Sah sah diorang akan kata suara korang 'belum' menghairahkan lagi. Semua tu trick untuk korang memanjakan lagi suara korang. Maklumlah. Susah nak cari lelaki yang betul betul boleh dipercayai. Macam red misalnya. Ehem.



" Red I, pernah baca entri lepas lepas you tentang main gitar tu pun tak 100% haram.  Bagi lelaki memang lah senang sebab suara lelaki tak ada masalah dalam bab aurat. Macamana pulak tentang perempuan yang main gitar sambil menyanyi.?"

 
Well, tak mahu aku ulas panjang panjang. Kang nanti entri ni panjang, korang pulak membebel kat aku. Ehem. Cuma beberapa benda je aku nak soal balik, sebelum aku jawab soalan korang.

  • Masa korang menyanyi tu, suara korang mendayu dayu tak.?
  • Korang rasa, masa korang nyanyi tu, menaikkan nafsu lelaki tak.?
  • Adakah korang menunjukkan aurat korang yang lain kat lelaki masa nyanyi.?


Jangan komplex kan benda yang ternyata mudah


Jawapannya ya. Suara perempuan sentiasa menaikkan nafsu lelaki ketika menyanyi. So, korang jangan salah faham. Sebab setiap lenggokkan rima dalam lagu memang boleh buat lelaki terbuai buai. Sebab hormon estrogen pada perempuan. Sangat jelas perempuan nyanyi adalah haram.  Kalau susah sangat nak terima perempuan nyanyi tu adalah haram, , tak jadi masalah kalau korang nyanyi untuk sesama perempuan. Apa ada hal.?



So, aku harap korang jelas dengan apa yang aku cuba sampaikan tentang suara perempuan tu bukan 100% haram untuk lelaki. And aku bet, orang yang melarang keras tentang hal ni, mesti sebab dia jeles. Nak nak kalau dia tengah single and takde siapa nak kat dia. Ehem.





Terima kasih sudi baca.





Sekian





.


72 comments:

kaizen said...

tahniah sebab berjaya memberi explaination yg bagus...

*9/10 rezeki dtg dr berniaga not 70%

latest entry Memberi biar ikhlaskan?? & Urban-or-Disaster

CiK GorGeouS ! said...

u have a good point...hukum is hukum, Logik akaL is Logik akaL...betuL, suara adeLah aurat biLamana ia membangkitkan nafsu LeLaki...mengajar kat depan keLas pon takkan membangkitkan nafsu kot ??

ustazah CG arif tentang haL agama dan beLiau mengajar dengan suara yang Lantang...i don't see that as any harm..point anda diterima...

kaLau pasaL menyanyi tuh, i think it's better untuk simpan untuk yang haLaL mendengar jee...sebab suara perempuan, kaLau Laki dengar sedap pon boLeh meLaLaikan...so, hukumnyee apee ?? jawab sendiri...

anywat...thanx for sharing...point anda boLeh dipakai dan yang membaca, daLami Lagi =)

si macho said...

sore aku macho :kacak :well :hoho


:lari

miszatie said...

hmm there must have some point u mix up...ISLAM agama yang syumul and mudah but bukan boleh diPERMUDAHKAN sesuka hati...islam membenarkan perempuan dan lelaki berckp atas perkara2 yang PENTING sahaja...i think u better check with orang2 alim ulama' yang bertepatan..sekadar mencr bukti didalam internet yang tidak pasti mana sumber nya akan mendatangkan keraguan...kita boleh bagi pendapat but berapa PASTI en red tentang pendapat anda itu betul disisi agama dan syara'...

saya pun nak tau bcoz saya juga prempuan2 biasa mcm yang len..
tapi kalau pendapat peribadi mcm nih tanpa dalil yang bertepatan sukar nak diterima..

sebab saya penah tanye pd seorang ustaz...

manusia yang bertaqwa apabila timbul keraguan pada sesuatu die akan mengelakkannya dengan imannya atas perkara2 yang syubhah..dan orang2 yang banyak mencari alasan hanyalah orang yang mau melanggar hukum mengikut pendapat dan ketetapannya sdr..

behati2 dalam penulisan en Red sebab kalau btol alhamdulillah pahala dapat..tapi kalau salah..berapa rmi yang bersetuju dan en Red sdr menanggungnya..wallahualam..

~sekadar pandangan~~
peace :)x layak pun nk ckp sbnrnye..but saling mengingati ye :)

Jazica Albek said...

nape xpublish my comment? (wondering)

ayayay. sorry! kenapa pula saya mahu melenting. bg sy, artikel tu taklah seteruk yg awk rasakan. makanya saya komen beri pendapat. itu saja :)

TheSyafiq Mokhtar said...

salam bro.. kat mana ko buat research ni bro? kalo xsilap aku, ko wat research separuh je bro..xhabis lagi..banyak lagi yg ko nak kena research ni..

by the way dari atas aku baca..banyak yg aku setuju..sampai kat bawah2 tu nampak macam dah mengarut sikit2..ok aku cerita sedikit apa yg aku paham la kan..
kita bincang sama2..bincang pasal benda bermanfaat ni bagus..tambah2 keilmuan ni barokah..jangan melenting plak kata aku xsetuju semua.. :)

soal suara guru didalam kelas, suara ketika didalam kecemasan, suara didalam perniagaan (semua ini ada didalam kitab fiqh bab muamalat) cuba selak tengok..boleh dijadikan researh

dari dalam perbualan dalam kotak tu secebis tiada yg salah.. sebab mmg betul..apa yg disampaikan..ko faham x rangkap terakhir tentang kategori2 zina tu..mmg kukuh kot pandangan tu..pada aku sedikit pun dia tidak tegakkan benang yang basah..

kalo ko kata soal jeles ke apa ke, aku xpernah nak amik port..soal berpunya atau tidak biarlah jadi tanda tanya sendiri..jauh disudut tuan badan sedikit pun xkesah..tapi hati2 dengan apa yg ko cuba sampaikan..ini boleh buatkan orang bersuara tanpa menghiraukan status diri..

setengah manusia terlalu takut dengan hukum yg termaktub,ramai yg telah membuat hukum sendiri melalui ideologi dan common sense yg xmasuk akal..orang2 sebegini adalah orang yg tertipu dengan lisannya sendiri..

cari guru dan tempat bertanya.. soal hukum hakam kena hati2..xsemua boleh ditafsir dengan begitu ja..

awal juzuk 3 ada menyatakan " la ikro hafiddin..tiada paksaan dalam agama islam.. (lina joy pernah menggunakan ayat ini dimahkamah sebagai satu alasan dia murtad) ya memang benar islam tu mudah, tapi xsemua menghalalkan cara.. yg termaktub haram tetap haram, yg halal tetap halal, ada haram boleh jadi halal (sentuh bab darurat)..

andai kata ramai yg bersetuju dengan apa yg disampaikan ko dan diorang mengaggapkan sesuatu yg boleh mehembuskan nafas lega..terus terang cakap teramatlah bahaya..(jika entry ni khas untuk orang yg berfikiran luas bagaimana untuk orang yg berfikiran sempit? diorang xkan xbaca kot?)

(sekadar contoh) kata golongan berfikiran sempit "oh pendapat ini bagus dan aku xperlu risau lagi, dan aku boleh menyanyi, yg penting xbuat suara manja"

if kalo dia bernyanyi dengan kuat sehingga suara dia terdengar sampai luar rumah walopun suara xmanja?

perempuan kalo solat berjemaah.. imam perempuan pun tidak digalakkan bersuara lantang..dikhuatiri didengar oleh orang luar (bukan muhrim)

xkan baca Al-Fatihah buat suara manja kot?

mendayu dalam bacaan ayat suci berbeza dengan suara mendayu menyanyikan lagu Ahmad dendangan arora salwa..

maka ramai la org perempuan yg ikut..alasannya, ADA ORANG KATA TIDAK APA-APA,siapa orang itu?? EHEM.. sanggup nak tanggung semua ni dihari perhitungan kelak?

P/s: teringat ada golongan yg telah menyifatkan Allah swt itu bertangan.. MENTAFSIR HADIS HANYA MELALUI AYAT SAHAJA "Allah taala itu punya banyak tangan dan DIA mampu berbuat apa saja dikehendakinya"

Al-quran dan hadis itu bahasa tinggi..xsemuanya boleh ditafsir sambil tutup mata dan minda

btw nice entry bro.. cantik gambar2 tu..

SYAF said...

Berhati2 dalam penulisan bab ugama nie...jgn tersalah tulis... ok..

senyumSOYA said...

yup..saya rasa pun macam ada yang x kena sket... berhati2 sket ya...

lari sket dari tajuk ..
pasal bertunang.. i think..

Dari segi syara’, bertunang adalah “seseorang lelaki bertanyakan wanita tersebut agar berkahwin dengannya”. Dengan selesainya seseorang lelaki bertanyakan atau meminang seseorang (dan dipersetujui), maka natijahnya itu dinamakan bertunang. Dari segi syara’, memang tidak ada majlis khas bagi amalan pertunangan ini. Ia cuma lamaran dan deklarasi perjanjian untuk berkahwin...

and pasal mengharamkan pertunangan tu i think it's not an appropriate word to use because Rasullah S.A.W pun pernah bertunang dgn Siti Aisyah R.A

but orang yang bertunang yang tak faham konsep tersebut.. anggap bertunang adalah tket utk berduaan.. tiket utk pegang tgn.. Sebab pertunangan sama sekali tidak pernah menghalalkan yang haram. Sama sekali tidak ada yang halal kalau baru sekadar pertunangan...manusia yang menghalalkan yang haram bila bertunang..that's the thing..

p/s :kalau salah tolong betulkan..

Red said...

Kaizen :

Tengs betulkan.

Red said...

Cik Georgeous :

Well, as I said, tak salah nak nyanyi sesama perempuan. Peace.

Red said...

Si Macho :

ok^^

Red said...

Miszatie :

Well, jgn risau. Isi isinya ada tertulis dalam kitab fiqh.

Red said...

Jazica :

ok.

Red said...

Syafiq :

Ok. Tengs ingat kan. Aku ingat ayat aku orang boleh faham, rupanya ada yang boleh salah faham.

Aku dah tukar struktur ayat. Amacam.? Orang salah faham lagi tak, rasanya.?

Red said...

Syaf :

Jangan risau. Entri ni bukan hembus kosong. Peace yaw.

Red said...

senyumSOYA :


jangan risau. Sy tak ada hak nak haram kan apa appa. tu cuma statement perli terhadap orang yang jdkan pertunangan tu tiket maksiat. No offence.

Cik Aqilah Wardah said...

points yg menarik!! ^_^

btw, pertunangan adalah antara DUA BUAH KELUARGA.. bukan dua orang insan ye.. begitu jugak perkahwinan... jadi, ada baiknya, setiap pasangan yg masih dlm tempoh pertunangan, agar TIDAK keluar berdua-duaan..

istimewanya bertunang ni ialah, anda dh ke jalan menyempurnakan sebahagian iman anda.. igt ye, berkahwin itu ibadah.. jadi, drpd waktu pertunanganlah kene betul2 ikhlaskan niat kahwin utk beribadah...

ye, bila anda dah bertunang, secara tak lgsg, keluarga anda mesti tahu.. ade ke yg keluarga tak tau ek? cm mana bertunang mcm tu?? huhuhu~ so, bile nk keluar beli brg2 hantaran ke, kawen ke, x salah rasanya BAWAK sekali mak ayah pakcik makcik... kan? kan? kan?


okeh, then, nk sentuh sket tentang komen syafiq mokhtar... banyak point die yg bernas...

tentang ayat surah al-baqarah, laa ikraaha fiddin... WAJIB anda tahu, bahawa ayat tersebut hanyalah tiada paksaan ketika anda berdakwah mengajak org menganut agama Islam... anda TAK BOLEH paksa orang menganut mana2 agama tanpa kerelaan org tersebut.. once he said syahadah, secara WAJIBNYA anda MESTI paksa mereka ikut hukum2 Islam... sebab tu lah setiap perbuatan dosa Allah dah tetapkan bagaimana hukuman yg setimpal.. Lina Joy, salah faham konsep di situ.. boleh tengok dalam mana2 kitab Tafsir...

Allahu Ta'ala a'lam.. sekadar berkongsi apa yg cik Wardah tahu.... moga bermanfaat... insya Allah.. ^__^

Mss Ieza said...

nice en3..
actually bertunang bukan bermksud blh pegang2,kiss2,,hug2..
rmai org slah tafsir bnd nie..
pertunangn adlah tok mngenali psagn kita dgn lbih mndalam,smada dr segi agama ke,,sifat die ke,,
n3 agama nie kne hati lg2 melibatkan hukum hakam islam :)
aku penah buat n3 psl hukum sentuh babi..
aku kne buat research btl2 sblm brani nak post XD
hkum sentuh babi nie adlah x haram,yg hram bile mna org mkn dging die..
babi nie Allah mngolongkn dlm kumpulan bangkai ..
ok da lari dr tjuk..haha XD

sila komen templet aku XD

deeya said...

kalau 100% aurat ompuan tu haram , cenggituh kesian la ustazah norbayah xde keje erk nak bagi ceramah2 kat orang .. gila itu orang ! yer ! myb dia kurang kasih sayang .. xpun masih frust ! hahaha ~

neway , thx 4 info =)

Red said...

Cik Aqilah :

rujuk komen senyumSOYA

Red said...

miss Ieza :

ok

Red said...

Deeya :

kan.?

myhatiku said...

So far, yang aku tahu dalam research aku,.......yes,itulah jwpnnye kan..x penah denga pulak 100% haram..kalo mcmtu bumi belah dua separuh dunia lelaki separuh dunia pempuan..erkk-.-

Red said...

myhatiku :

cmane tu.? =.....=

~ Cik Azz ~ said...

Tumpang baca ya... :)

Jejaka Terhangat said...

woah, menarik ni..mcm apa yg sapik kata..bahaya kalo kita tulis blog berlandaskan ideologi dan pemikiran semata2..takut yg low minded person terus setuju dgn apa yg kita sampaikan walaupn hukum hakam yg kita utarakan tu tak brape tepat..

apapun, aku ada dengar ceramah ustaz kazim elias. katanya suara perempuan tu akan jadi aurat bila dia melembutkan, mengalunkan suaranya depan lelaki ajnabi..tp tak mnjadi aurat jika mereka alunkan utk bacaan al-quran..bahkan hukum menyanyi terhadap perempuan jadi harus, sekiranya pendengar tu semuanya perempuan..

mmg islam tu mudah, mudah bagi mereka yg berilmu..=)

miszatie said...

ade point u yang ok en red..saya stuju je pasal pertunangan n pasal bukan setiap masa suara prempuan itu aurat..cme maybe cara penyampaian u n cara bhs yang digunakan salah..mungkin ley improve lg k..:)
dalam dakwah juga perlu berhemah :)..wassalam..
thanx for ur sharing..mungkin rmi bride to be akan buka mata...pertunangan adalah perkenalan 2 keluarga bukan penyatuan 2 insan semata2..yang menghalalkan bley berdua2 tengah malam buta n ntah mane2..k.tq :)

myhatiku said...

aha..mcmne ea..abaikan..suke merapu..last2,diri sendiri x fhm..keh3:D

Siti Mashitah Saidin said...

mcm mana kalau pompuan tuh hanya bercakap biasa (dlm tepon), tapi menaikkan nafsu lelaki. tak kira nyanyi lagi tuh. hanya bercakap biasa.

Red said...

cik azz :

okeh

Red said...

jejaka terhangat :


Well, apa yang sapik cakap ada betul. Aku pun dah betulkan struktur ayat yang mana patut.


So, aku harap reader yang low minded faham apa yang aku cuba sampaikan.


Pasal perenggan kedua komen ko tu, aku dah pun tulis dalam perenggan last last. Rasanya readers boleh catch up tak.? Kalau tak boleh, bagi tahu. Nanti aku betulkan lagi.

Red said...

Myhatiku :

Haha. Okeh.

Red said...

Siti Mashitah :

Well, still tak boleh.

Red said...

miszatie :

okeyh.

EZAN IDMA said...

salam bro. islam ini sbnrnya mudah, kita sebg umtnya janganlah mnyushkan islam yg mudah. :) thanks for sharing

Red said...

ezan :

no hal lah! :D

Arif Aiman said...

eheee... time awl2 bca td.. mcm ad ja yg nak bangkang.. tp,, dah ada dlm2 komen2 tuh...

usaha yang bagus!! sharing is caring rite.. but,, hal2 hukum dan agama ni... carefull yep.. yg tahu mungkin diorang akan tahu.. yang tak tahu, mungkin akan ada yang salah faham..

shring bnda baik akn jd saham bergerak time akhirat :)

tp, shring bnda yg slh, akn jd saham jgk..

btw,, yap.. smpai ke habis sy bca.. n nice entri!!

Red said...

Arif Aiman :


Jangan risau. Aku bukan tulis main hembus,. Chill ye.

.::: mr IQ :::. said...

wow... relaks .
malas nak ulas panjang, sebab dah ramai ulas.. cuma nak sentuh sikit bab nak berhujah.
kalau nak bagi hujjah, harus dinyatakan daripada buku mana, dan penulisnya. Nyatakan sumber, ayat Quran.
Jangan main sembur shj. Artikel ni nanti nampak mcm pendapat yg kosong.

(jika anda berniat baik, sy x kisah sangat, Namun risau pulak dgn artikel ni, org akan pandang serong terhadap Islam dan Ulamak.)

cik AF said...

tengs :) jelas dan mudah di fahami

Islam itu mudah, tapi bukan lah utk si ambil mudah :)

Red said...

mr IQ :

Okay sorry. And maaf sebab sy tak terfikir pulak sampai orang akan bertanggapan buruk terhadap islam dan ulamak. Sebab sy cuma nak encourage mereka yang terpesong supaya sedar, islam tu tak susah. Supaya mereka tertarik masuk islam.


Yes. Mula sikit sikit. Kita tak boleh terus terjah bab hukum kat mereka yang tak celik bahagian agama. Kita kena terapkan satu level ke satu level. barulah mereka yang terpesong ni tak ban agama islam terus.


Well, itu cuma pandangan saya. Sy bukannya tetapkan hukum. Sy pun tulis kat atas,, "bukan 100%" , maksudnya, hukum asal still saya kukuhkan.


Maaf kalau saya reply tak berhemah. Correct me if i'm wrong.


p/s : You guys should check this out | http://keretamayat.blogspot.com/2007/08/siapa-mufti.html

Red said...

Cik AF :

:)

Shawn Razaleigh said...

apapun berbalik kepada niat. pompang2, bersembang tak ada masalah kan.

Red said...

Shawn Razaleigh :


Ape ke payah nak taip nama ko.? haha. btw, btl cakp ko. kan.? *rasanya ramai ulama tak terima*

Hans said...

aku suka entry nih
betul2
kadang2 ada orang nih diorang hanya baca suara wanita adalah aurat dan terus pegang ayat tu tanpa buat kajian langsung
memang suara wanita aurat tapi ada batas2nya
so aku sangat suka entry nih
:-)

Red said...

hans :

kan.? itulah yang aku nak sampaikan XD

alepridz said...

hmmmmm.... payah jugak kan kalau 100% haram...
aku pon taktau kat mana haram nya...

@.@

:blur

Red said...

alep :

=____=

The Crow said...

Hoho. Entri red Terbaik. Tp cam biase. Panjang.. sob2.. :P

Idea entri red kali ni, crow pun rase mcm nak buat dulu. Tentang 'a way of life' dan corak islam yg mudah bg mengatur hidup. Cume ade beberapa sebab yg menghalang crow nak buat entri mcm red ni.

Ade ulamak mengatakan jika islam di anggap mudah. Maka ramai yang akan cedok perkara yg mudah sahaja dgn menggabungkan pendapat2 yg mudah diikuti dalam 4 mazhab asas.

Ade pula yg kata, islam itu bererti patuh. Seperti kita yg menjadi pengikut fahaman mazhab syafie maka patuh dgn 1 mazhab sahaja. Ini bg mengelakkan org islam tidak sewenang-wenang tuk ambil fahaman yang mudah2 je.

Jadi crow pikir, isu 'islam itu mudah' tak perlu wujud. Yang perlu wujud, islam itu bererti patuh kepada perintah Allah serta rasul beserta yakin. Mudah atau tak, tugas kita kene faham apakah maksud di sebalik perintah Allah. Bukan melakukan semata-mata kerana islam menawarkan jalan hidup yg mudah atau sekadar menuntut pahala.

hak3.. panjang lak komen. gua biase camni red. koh3.. :larii

(^_____^)

Red said...

The Crow ;


Belum cukup panjang ni. Lawan komen sapik dulu. HAHA.

Btw, Tengs bagitahu and tengs sebab sudi bersengkang mata baca entri berjela ni *thumbs up*

Dorky Guy said...

jika begitu kena difatwakan juga rokok itu haram :)

Red said...

Dorky Guy :

hah?

syErAh said...

panjang lebar tapi tetap scroll ke bawah..xD

:angguk

bile red cakap pasal suara pmpuan ni...tibe2 teringat kat skolah dulu yang mana budak pmpuan form1 time tu diajar oleh bbrape orang senior supaya menggunakan surat untuk berurusan dengan lelaki

kitorang budak f5 time tu dianggap sebagai sosial coz main redah je cakap ngn laki..

padahal kitorag tetap jaga batas pergaulan,no tepuk tampar n sewaktu dengannye..dan xbercakap bnde2 yang mengarut coz laki batch kitorang pun lebih suke wat hal sendiri

yang peliknye bila diajar gune surat-menyurat tu....sebab nak elakkan daripada bercakap antara laki n pmpuan...

surat bleh jadi fitnah sebab tak semua yang tau ape yang ditulis dalam surat2 tu..kot2 ade yang main citan cintun dalam surat tu...mane la tau kan?

tak tau komen ni ade kaitan tak ngn entry kat atas..but just nak share care yang pernah digunakan oleh mereka yang mungkin menganggap suara perempuan itu aurat 100%

yang penting pmpuan kene pandai2 la jage suara tu..agar tak dijadikan jerat syaitan untuk menjatuhkan kaum adam.

:idea

Red said...

syerah :

ganaih btui.. sampai kena guna surat nak berhubung. wakaka. kolot betul. lalalala.

touya said...

aku baca entry ko beberapa kali takut aku sendiri salah faham .

Tapi untuk kes suara perempuan aku berpegang pada surah Al Ahzab ayat 32.

Red said...

touya :

ok

Pi Kachuu Pika said...

Kalau perempuan tu suara die...bile menyanyi jer...katak pun pengsan...takper kan?? (cuma orang lain tak suka...)

Red said...

Pi Kachuu Pika :


Rujuk komen The Syafik Mokhtar.

HARITH ISKANDAR said...

mm aku setuju ayat dlm berdakwah kite guna ayat yg lebih berhemah.jd aku rase elok lah sama2 kite berubah ke jln yg lbh baik dgn cara yang baik/betul/benar.yg lain2 aku no komen
-peace.no war-

Red said...

Harith ;


Hey thax. Ayat kau bagi aku dorongan.

fatinmyra Sweet :) said...

abg..
mcm pena bace jee explanation psl couple tuu . Hee~
Nak babbling bolee tak ?
mmg problematic nyee issue taww.
kt skola, haiss.. girlfriends fatin kan sukee buat bising. then, boyfriends fatin sukee sgt ckp
"weyh, sore tu kan aurat " :P
cehh . HAHA . mcm2.

Red said...

Fatin :


Suruh Boyfriend(s) Fatin baca entri ni.

fatinmyra Sweet :) said...

okayy okayy abang .
good ideaa :)

Red said...

Fatin :

:)

aNak ChE mE said...

hurm.. memang dah tertulis suara perempuan tu aurat.. tp xlah teruk sgt sampai xboleh bercakap langsung.. btol gak tuh..
tp bab nyanyi tu rasenye mmg xboleh rasenye... sebab aurat wanita bukan untuk dipertonton khalayak ramai...
dan rasanya wanita juga tidak digalakkan bercakap banyak sgt dengan lelaki tambah2 lagi perkara2 yang lagha... klu nak cakap, cari perkara penting dulu.. kalau nak cakap lebih2, nak melawak, rasanya ramai lagi wanita lain diatas muka bumi ni... hehehe..

ni sekadar pandangan je.... TQ

*rainyscream* said...

ok. dari awal entry sampai la komen terakhir..perghh panjang. *sebab komen semua best2*.
so takda komen nak bg. kuikui ^^. Tapi saya paham apa yang cuba disampaikan..nice!

*rainyscream* said...

typo: baca dari awl entry sampai last comment. ok dah.

ReYnn said...

kapel itu haram la red..sebab,bila kapel mesti teringat-ingatkan si dia kan?itu dah termasuk zina hati...

Islam melarang kita menghampiri zina...& kapel adalah salah satu jalan untuk mhampiri zina..

tipu la klu org tu kapel dia tak igt pasangan dia kan..mesti teringat2 terbayang2 terindu2 sedangkan si dia masih belum halal untuk kita.. bila dah angau,mudahlah syaitan nak cucuk jarum kelalaian bro..

Saya ialah Saya said...

waw . amazing .
kalau ikut perbahasan memang konpom menang ni ;P
anyway ganas sungguh bahasa anda dan sangat pula sedap dibaca walaupun terasa pedas disamping manisnya kebenaran. :) ada unsur humour , justeru menarik perhatian sy xD

Anonymous said...

bro x silap ak klo psal couple tu kn,walau un kita x buat benda yg salah,couple still haram.Berdasarkn pengalaman kawan ak,die ni boleh dikatakn alimla bgku coz rajin beribadah and slalu ade tok majlis2 ilmu di surau.Die dlu ade couple ngn sorng minah ni,pastu oleh kerana telah kuar statement couple tu haram,die ngn pasangan die try buat style 'couple islamik'.tp 1 hari die follow Usra then die try tanye kat ustad2 kt situ...walaupun die try wat style 'couple islamik' tu,ustad tu still kate haram coz perhubungan antara lelaki perempuan yg bkn muhrim adalah 1 iaitu ikatan perkahwinan dgn lafaz nikah yg sempurna. like i said juz now,member ak tu alim dan syg kn agamanya dr segalnya,so die break jgak supaya dorng x tros terjerumus lebih lama dlm keadaan itu.sekadar berkongsi :)

Red said...

anonymous 5:03 > pernah tengok taak video mat lutfi pasal "rokok dan kopiah" ? kepercayaan tanpa rasional = buta. ^^ malas nak ulas panjang lagi.

Red said...

rynn > zina hati? bull shit je tu :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...