Segmen ber-story : Alice Alisa | Gitarputeh


Saturday, June 04, 2011

Segmen ber-story : Alice Alisa

Assalamualaikum.





Hello smart boys and comels girls. Minggu ni aku dah start sem baru. Means, aku akan rajin update. Tapi malangnya. Residensial aku dah ditukarkan kat tempat yang jauh gila dengan wifi. Tapi takpe. Takpe. Sajian mata dan minda untuk korang korang sekalian tetap akan aku post. Conclusionnya, aku baik. Kan.?


 
Okay. Actually, aku ada satu cerita ni. Aku dapat dari mana entah. Rasanya aku terbaca sebab orang dok ping ping. Well, disebabkan dulu aku tak pernah ada blog. And tak tahu apa tu blog. And tak tahu apa tu copy copy entri, aku pun main baca aje ceritanya.



Aku nak korang tahu, entri kali ni sekadar nak kongsikan apa yang aku rasa awesome gila. Sumpah terharu aku baca. Disebabkan dulu aku ni budak jahat nakal, memang obvious lah dengan usha usha gadis comel yang nakal semacam kurang baik. Yeah. Tapi sekarang aku baik. Alhamdulillah. Sekarang cuma usha usha gadis-gadis comel. Err. Beza kan.? Eh. Kan beza tu.



Maybe korang boleh kata cerita yang aku baca ni salah satu influence aku kembali ke pangkal jalan. Or maybe not. So, sama sama kita hayati cerita ni. Warning tau. Cerita ni panjang. Ha. Mari rapat. Ya. Rapat lagi. Okay cukup.


 
Al-kisah. Ada seorang anak gadis. Cantik. Hot. Gebu kulitnya. Sepet matanya. Bersih mukanya. Ikal rambutnya. Dia merupakan anak orang berada. Berketurunan cina berkacuk Islam. Tapi pengaruh budaya cina nya lebih kuat kerana terikut dengan penampilan ibunya yang merupakan seorang model sambilan.



Tidak dilupakan, dia juga seorang pelajar di kampus yang merupakan bawah jagaan satu universiti swasta. Setiap kali nak pergi kelas, ada driver yang menghantar. Sungguh senang hidupnya. Hampir setiap semester dia dapat 4 flat. Yup. 4 flat. Sangat bijak ya, gadis ni. Alice nama diberi.



Suatu hari, di bawah pokok yang renek. Alice duduk di atas bangku yang tersedia dibawah pokok renek itu. Berbaju kemeja merah, Alice membaca buku rujukan ditempat biasa dia melepak. And yes. Berseorangan.



Datang seorang pemuda. Tinggi. Tegap. Segak. Kemas. Memang menjadi pujaan ramai wanita. Siapa tak kenal dia.? Nama dia sahaja dah cukup familiar di kampus itu. Sebut aje Sam Astrict. Semua kenal. Pemuda ni datang dari keluarga yang berada juga. Lagi dia mendekati Alice.





Sam       : Hai. Sorang je.?

Alice      : Oh. Hai. Yup. Sorang.

Sam       : Okay. I malas nak cerita panjang lebar, biar I straight to the point.

Alice      : Err. Okay. Ada apa ye.?

Sam       : macam ni lah. Semua orang pun kenal I. I pun memang lah menjadi pujaan 
                  ramai gadis. Macamana kalau I offer you jadi gf I.?

Alice      : Tell me why should I accept your offer.

Sam       : Oh come on. Ramai yang nak kan I. Kalau you dengan I, popularity you akan
                  boom. Lagi pun, I banyak harta. I kaya. You mintak aje apa. I bagi. I boleh
                  jamin kebahagiaan pada you. What say you.?


Alice melihat pada jam tangan nya yang halus di pergelangan tangan.



Alice      : Erm.. Sorry lah, I ada kelas ni. Lain kali kita borak lagi ya. Bye. See ya.





Lalu Alice beredar dari situ. Dan tinggalkan Sam dalam keadaan yang bengang. Tak pernah pernah lagi Sam kena reject oleh perempuan yang dia cuba tackle. Bengang memang bengang. Tapi air mata tetap juga Sam tahan dari mengalir. (cry baby)


Ehem.


Keesokannya. Di bawah pokok yang renek. Alice duduk di atas bangku yang tersedia dibawah pokok renek itu. Berbaju blouse kuning, Alice membaca buku rujukan ditempat biasa dia melepak. And yes. Berseorangan.





Datang seorang pemuda. Cantik berpakaian. Molek pakaian nya sebagai seorang muslim. Jubah labuh berwarna krim. Berkopiah. Kemas. Sungguh sejuk mata memandang mukanya. Lalu dia mendekati Alice. Dan mendekati.




Haziq     : Assalamualaikum.

Alice      : Waalaikumussalam. (letak penanda buku dan tutup buku yang dibacanya)

Haziq     : Err.. saya.. saya.. err.. sebenarnya, saya datang dengan hajat.

Alice      : Oh. Ada kaitan dengan saya ke.?

Haziq     : Ada.. ehem. Macam ni. Ini tentang soal perasaan. Saya sukakan awak.

Alice      : Err. So.?

Haziq     : Err..err.. well. Awak dah tahu saya suka kan awak. Err.. Sudi tak awak jadi..
                  Sudi tak awak jadi teman hidup saya.?

Alice      : Oh. Berat ni. Tapi perlu ke, saya terima tawaran awak.? And kenapa awak 
                  sukakan saya.?


Haziq     : Oh. saya sukakan awak. Sebab Allah telah hadirkan perasaan cinta dalam hati
                  saya untuk awak. Dan. Sayaz perlukan awak bersama untuk terus
                  memelihara perasaan ini.



Alice melihat pada jam tangan nya yang halus di pergelangan tangan.


Alice      : Ehem. Maaf ya, saya ada study group. Lain kali kita borak, ye.? Bye.. See ya.




Haziq ni tinggalkan sendirian.


Lalu Alice beredar dari situ. Dan tinggalkan Haziq dalam keadaan yang bengang. Haziq beredar dari tempat tu dalam keadaan yang sayu. Dia toleh ke belakang. Tapi malangnya Alice tidak menoleh macam yang dia harapkan.Bertambah sayu Haziq rasa.



Keesokannya (lagi). Di bawah pokok yang renek. Alice duduk di atas bangku yang tersedia dibawah pokok renek itu. Berbaju T-shirt unggu, Alice membaca buku rujukan ditempat biasa dia melepak. And yes. Berseorangan.



Datang seorang pemuda (lagi). Berpakaian sempoi. Rambut pacak. Tak kemas di mata Alice. Kemeja tak dimasukkan ke dalam seluar. Berseluar jeans boot-cut. Bergalaskan beg potter. Sedikit buku ditangan. And yes. Lagi dia mendekati Alice. Nama Akif tertera di kad pelajarnya.






Akif        : Assalamualaikum. Hai.

Alice      : Oh. Waalaikumussalam. And hai.


Belum sempat Akif berkata apa apa, Alice terus mencelah.


Alice      : Tak perlu kata apa apa. I tahu apa yang you nak cakap.

Akif        : Oh ya.?

Alice      : You sukakan I. Kan.?

Akif        : Err.. Ya.

Alice      : And you ada harta. Sangat banyak. And you nak kata yang you boleh
                  jamin kebahagiaan I dengan harta you. Tak pun, you cuba nak cakap yang
                  Allah hadirkan perasaan cinta dalam hati you untuk I. Betul.?

Akif        : Err.. Ya. Betul.

Alice      : Oh. Sebelum you proceed apa yang  you nak cakap, you kena tahu jawapan I
                  is no. So, boleh tak I have some space.? I nak baca buku ni.





Akif        : Well. I'm impress. You boleh tahu apa difikiran I. Tapi itu bukannya my main
                  point. I nak bagi tahu. Yes. I ada harta. And yes. Allah dah wujudkan perasaan
                  cinta terhadap you. 

                  But. I tak kisah semua tu. Rupa you cantik mana pun,
                  bukanlah ukuran I. The thing is. Syaitan membisikan ke telinga I. Untuk terus
                  mengikuti langkah you dan syaitan terusberbisik supaya I terus terpukau 
                  dengan alunan rambut you yang ditiup angin.

Alice      : .....

Akif        : Macam ni lah. I pun ada hal lain. So, boleh tak. Tolong. Pergi jauh dari 
                  pandangan I.?


Akif melihat pada jam tangan nya.


Akif        : Okay lah. Kawan kawan I pun dah tunggu kat depan pintu, elok lah I minta diri.
                  Assalamualaikum.





Alice tersentap. Dan dia hanya mampu melihat Akif beredar dari situ. Hampir 5 minit sentapannya. Lalu dia bangkit dan menuju ke perpustakaan.



Sedar tak sedar, 2 tahun telah pun berlalu.Cantik di halaman rumah. Terlihat seorang penunggang motorsikal memakirkan motorsikalnya di garaj. Lalu, seorang perempuan tua yang sedang menyapu halaman rumah menegur.






Ibu         : Ha. Baru balik, Akif.? Lewat kau hari ni.?

Akif        : Sorry mum. Ada hal sikit tadi. Mesin kat kilang rosak. Budak baru pulak tak 
                  reti repair.

Ibu         : Kot ye pun, tak kan lah tidur kat kilang.? Balik lah rumah dulu. Ha. Hari ni
                  kerja shift apa.?

Akif        : Hari ni Akif cuti, mum.

Ibu         : Ha. Elok lah tu. Mari. Ibu ada benda nak bincang ni.


Akif menghampiri ibunya di kerusi depan halaman.



Akif        : Yes mum. Ada apa ya.?

Ibu         : Macamni. Ibu ngan ayah kamu, dah tua. Kau lah sorang anak kitorang. 
                  Maklumlah. Ayah kau lambat sangat kahwin ngan ibu. Sebab tu kamu tak ada
                  adik. But thats not the point.

Akif        : Amboi.. speaking..



 mulalah langkah seorang ibu menyatakan hajat.


Ibu         : Hehe. Senang cerita, kitorang ni, nak sangat timang cucu, kif. Bila kau nak 
                  kahwin.? Jangan jadi macam ayah kau. Nanti kesian anak kau takde adik
                  beradik macam kau. Haha. Gurau je.

Akif        : Hai. Kasau betul gurauannya. HAHA. Ala.. mum.. kahwin.? Nanti lah. Calon pun 
                  tak ada lagi.

Ibu         : Jadi, kau nak tengok ibu kempunan.? Bukan nya kau tak mampu, nak..

Akif        : Alaa. Ni yang sensetif ni. Pandai betul lah ibu kat bab pujuk ni. Okay lah okay
                  lah. Nanti Akif cari, okay.?

Ibu         : Hmm.. nak tunggu kau jumpa yang betul betul kau berkenan memang
                  berkurunlah nak oii..

Akif        : Habis tu, macamana.? Ibu ada calon.?


Ibu Akif tersenyum lebar.



Ibu         : Mesti lah ada. Bukan nya siapa. Kawan ayah kau punya anak jugak. Manis.
                  Cantik orangnya. Pasal akidah dia, kau tak perlu risau. Molek sangat. Cuma
                  kau perlu terus didik dia supaya akidah dia terpelihara aje.




Perbualan mereka anak beranak berterusan hingga ke tengahari. And Akif terima pujukan ibunya. Tanpa berbekalkan gambar atau nama, temu janji mereka diatur oleh kedua ibu bapa masing masing. Akif hanya dibekalkan kod pakaian je. Iaitu hitam putih.  Seminggu berlalu, tiba lah hari yang ditunggu Akif.




 Datang lagi seorang yang bakal mulakan langkah. 

 
Di taman yang sebidang yang mereka di temu janjikan. Sangkaan Akif dia awal. Tapi sangkaan dia salah. Berudung shawl. Hitam putih. Barbaju kurung hitam. Duduk di satu bangku yang tersedia kat taman tu. Hanyalah view dari belakang oleh Akif.






Akif        : Assalamualaikum. 

Alisa       : Waalaikumussalam. Kamu Akif Rhamdan. Kan?

Akif        : Ya saya. Err.. Awak kenal saya.? Macamana awak kenal saya.?



Alisa pusing. Akif terdiam. Terpaku. Sangat cantik. Sepet mata bagai gadis cina. Pemakaian tudung yang sangat sangat nice gila. Macam cina mualaf owh. Akif masih lagi terdiam. Dan masih lagi terpinga pinga - macamana gadis ni tahu nama dia.



Alisa       : Yes. Memang kita tak diberi tahu nama. Tapi saya kenal awak since kita
                  study kat tempat yang sama.

Akif        : ...........

Alisa       : Lah. Awak tak ingat saya, ke.? Ini saya lah. Gadis yang awak reject kat 
                  bawah pokok tu.

Akif        : Allahuakhbar. Awak... err.. awak... Alice.?

Alisa       : Ya saya. Tapi, ikut IC, nama saya Alisa. Dan saya suka nama tu since
                  Sebulan lepas kejadian tu.

Akif        : Tapi.. tapi.. macamana awak boleh berubah macam ni.?

Alisa       : Oh. Sejak awak reject saya, seminggu saya ponteng kuliah. Sebab bengang
                  gila dengan awak. Dalam seminggu tu saya asyik terfikirkan apa yang awak 
                  cakap kan.

Akif        : .....

Alisa       : Lepas seminggu tu, saya datang kuliah and dah ready nak hadapi awak tanpa
                  rasa bengang. tapi, tak jumpa. Baru saya tahu yang awak ni pelajar tahun
                  akhir degree...




Bahagia lah mereka berdua.


Bebelan mereka berlanjutan. Dari topik kes reject pergi ke topik makan. Then, ke topik lain. Perbualan mereka rancak. Diselitkan gelak tawa sekali sekala. And hubungan mereka berterusan hingga dijunjung pelamin.




Masa baca cerita ni, memanglah mata aku terkebil kebil sambil menghayati cerita ni. First time aku baca, aku rasa macam nak cari orang bernama Alice. Gila kan.? Actually aku ada jumpa orang yang bagaikan Alice. Muka macam cina. Cantik. Yang dulu tak pakai tundung. And yes. Sekarang dia dah kembali ke pangkal jalan. Ramai orang nak jadikan gf. Ada. Aku ada ceritakan dalam pg 44 ni.


Ehem.


Tapi sayangnya. Dia tak nak kat aku pulak. Dengan alasan, badan aku kering. (!) Well. Aku tak kisah pun sebenarnya. Maklumlah. Gadis gadis Malayu kita kan suka lelaki yang ala ala bad boy gitu. Yang berlidah buaya and jerk. Lelaki baik mana lah diorang layan. Tapi tu lah. Sayang nya lelaki boleh kahwin 4 aje. Kalau tak, mesti aku boleh selamat kan gadis gadis melayu daripada jerk boys tu.





Terima kasih sudi baca.





Sekian




.


-Alice Alisa


51 comments:

The Crow said...

wakaka~ terbaik. Bila akif reject alice dan alice terasa bengang. Start dari perenggan tu, crow rase alice cute. Buat para jejaka mengidam. koh3..

Nak bace pg44 plak~ (^__^)

Red said...

the crow : haha. :P

Zala Wajik said...

wuohh, tak ramai lelaki yang nak go on cerita-cerita macam tu dengan parents diorang.

Fathiah Hamim said...

best laaaaa. tak sangka fa boleh melekat baca sampai akhir. heeee

asmak said...

ohhh ptt la cm lme x update...dh msok sem bru :)
erm best best! penah bce gk cite ni ktne ntah..*dh lme, sbb tu lupe :)

Budak Botak said...

He3, Bdk Botak baca sampai abis nak tau kesudahannya...

Entry terbaru -> Cara Mudah Dapat Pekerjaan Cara Feilim Mac An Iomaire - 99.99% Berjaya... (",)

dhilla nazli said...

pergh.. dhilla bace smpai abes walou panjang lebar?? aahahah

tpi best la dpt gurl cmtuh.. cantek.. =)

Red said...

zala : red.?

Red said...

fa : haha. thax sudi baca entri panjang mengarut ni XD

Red said...

asmak : maklum lah. hidup seorang pre-graduan. hoho

Red said...

budak botak : haha. thax oh XD

Red said...

dhilla : perh. terharu ramai gila yang sudi baca sampai habis XD

adamhafiz ツ said...

besttlaa;)

Red said...

adam : hehe. thax :)

Raden said...

owh..sygnya sy tidak bermata sepet namun sy baik..takpela. sy ade hal nie. komen2 nti k. owh sy tak reject sape2 pon. bye

Jatut said...

terbaik red mok !

si macho said...

ending : kawen =="

TC apehal semangat nau dye first sekali komen aku tampau kangg =,="

Anyyss Shuhaimi said...

so sweet... :)

Red said...

FM : haha. layann kan aje. bhahaha

Red said...

Raden : terpikat.?

Red said...

Jatut : =="

Red said...

Anyss : :)

nelly said...

dialog tu kelakar ! hahaha

Red said...

nelly : dialog ori tu XD

Shareeza said...

erm... mcm aku leyh x????
mata ikut bapak..sepet (bapak cina masuk islam)
kulit ikut mak (mak melayu)
adik beradik aku yg len sume cerah.. aku je gelap skit...
kalau aku free hair.. mmg cine2 sekalian berbahasa mandarin ngn aku.. tp skg dh ttup aurat.. ade yg berkenan ke?? LOL...

Red said...

Shareeza : terpikat.?

mirmashi94 said...

best ar cite ney . bolehh adjust buat essay section b english 1119 . hahaha XD . mana taow dpt A+ BI spm :). grammar lintang pukang ag , ade hati nk dpt A+ . haha kui3 -.-

Red said...

mirmashi : siot. tumbuk kang.? haha XD

KUREKURE COMEL said...

wahhh....teruja baca....mesti comel gila kan....hehehe....


red teringin jumpe dgn pompuan cmtu ek...hhmmm...maybe cinta red nnti lg best dari story tu....tungguu....

Red said...

mina : haha who knows.? :P

cik husna said...

cter ni mmg mantap lah...bace bnak kali pun tak jemu...suke sgt33 :)

Red said...

cik husna : haha. suka nya dia XD

missa said...

missa rasa sedih baca entri neyy.. huhuhu

nice one red ! clap3... =)

Red said...

eh eh.. npe sedeh.?

missa said...

huhu. missa pown xtahuu... mayb sbb laki tuu dh lpaskan alice tuu at first. but then, dya dpt kawen jgak wlaupun dorg xbrcinta.. haa.. sedih laa. eh bukan sedih. tp terharu... heee ~ xtahu laa red fhm ke x mksud missa. =P

mne nk cari org sggup mcm tu skrg ni kan.. sedih2... =)

Red said...

laa.. red kan laji mcm tu,, ehem. :P

Alisya Amir said...

aww , nice story :)
but my name alisya not alisa .
hehehe

Red said...

Alisya : owh :)

missa said...

ehem.. haha ! =P

Red said...

missa : ehem.! :)

Tuan Putri said...

bestnye cite ni..:) bahagianye dpt baca...

Red said...

putri : hehe terima kasih :)

hyemynameisrasyid said...

pergh,menarik kisah nih.,akutrbayang yg alice tu msti cun gila.,hehe
dan akif tu watak ala-ala ashraf muslim.,hehe

Red said...

rashid : eh tak tak.. akif tu iras iras aku lah.. kan aku yang ber-story.. (woha!) XD

Siti Mashitah Saidin said...

cerita nih! wow! mantop la... kalau jodoh, tak kemana kan?

Red said...

Mashitah : yup :)

mie_niezz aka norizan said...

kagum dengan kisah ni... tapi masalah nye...alice tu cantik..macam mana dengan gurl yg biasa2 je?? cam x adil jerk story u ni red... :p
sje nak mengusik...

Red said...

mie :

haha. macam tu ek.? lalala. taknak jawab. haha

Clara said...

OMA!
Nice storylah..

Suka bce.. And suka watak akif..

Red said...

Clara :

kalau saya ada watak akif, awak suka saya tak.? :D

chinta said...

saya suka bace cerita-cetaa wk ni..sangat menarik dan matang..hahaha..terbaik la awk gitar..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...