Forwarded messages - Semua tu bullshit. | Gitarputeh


Friday, June 17, 2011

Forwarded messages - Semua tu bullshit.

Assalamualaikum.





Gud days, pretty boys and handsome girls. Semakin hari semakin bussy. Lagi lagi di semester yang melintasi bulan Ramadhan yang mulia. Disambut pula oleh bulan kemerdekaan dan lantas disahut oleh Aidil Fitri. Yes. Bila ada tiga event ni dalam satu semester, pasti pasti pasti and aku sangat pasti akan ada banyak gila kelas ganti. Dan itu sedang dan bakal menambahkan ke-bussy-an aku kita. Ehem.



So, setiap kali aku nak bersiar siar dalam dunia siber ni, mesti dah lewat malam. And and sudah pastinya bila aku jalan jalan waktu malam, tak ramai orang disekeliling. Sebab semua dah tidur. Gedik Ngantuk mungkin. Kebosanan tu telah membawa aku ke taman laman formspring.me aku yang lama dah bersawang.



Tanya je. Aku tak marah.


So, dengan baik hati nya aku kemas kemas formspring.me aku. Manalah tahu ada orang mintak tanya tips, kan.? Macam hari tu, ada orang mintak tips aku macamana nak buat lelaki suka kat perempuan. And ada yang tanya pendapat aku tentang apa nak buat dalam situasi cemas. Ehem. So, korang semua boleh freely tanya kat formspring.me aku.




Yes. Aku memang tak kisah korang nak tanya apa apa dalam fs aku, tapi... Yes ada tapi tapi. Please please please don't ever ever bagi aku something that contains forwarding message. Aku ulang lagi. Please please please. Jangan bagi aku message tu. It's a dayyum waisting time. Sumpah. Aku tak akan layan message macam tu.







Bace sampai Habis. Pastu foward kan ke 20 org please. Ini adalah benar. Sila baca sehingga habis. Dan tolong sebarkan kepada seberapa banyak orang Islam yg boleh. Assalamualaikum. Ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad. 



Pada suatu malam ketika membaca Al-Quran dimakam Rasulullah SAW. Selepas membaca lalu hamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada hamba, 


"Dalam 60 000 orang yang meninggal dunia di zaman ini tiada seorang pun yang matinya dalam keadaan beriman."

(a) Isteri tidak mendengar kata suami.
(b) Orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.
(c) Orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan.





"Oleh itu wahai Sheikh Ahmad, hendaklah kamu menyedarkan kepada orang Islam ini supaya membuat kebajikan, kerana hari penghabisan (Qiamat) akan tiba di mana bintang akan terbit dari langit, sesudah itu matahari akan turun di atas kepala."


PESANAN HAMBA INI
(a) Berselawat - Untuk junjungan Nabi kita. Muhammad SAW.
(b) Bertaubatlah - Dengan segera sementara pintu taubat masih terbuka.
(c) Bersembahyanglah
(d) Berzakat - Jangan ditinggalkan.
(e) Menunaikan Fardhu haji - Bila berkemampuan.
(f) Jangan menderhaka kepada kedua ibubapa.


UNTUK MAKLUMAN
1. Seorang saudagar dari Bombay telah menerima surat ini dan beliau telah mencatak sebanyak 20 salinan dan mengirimkan kepada orang lain, dia kemudiannya dianugerahi Allah dengan mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaannya.
2. Seorang hamba Allah telah menerima surat ini tetapi tidak mengendahkannya dan menganggap wasiat ini palsu, maka selang beberapa hari kemudian anaknya meninggal dunia.
3. Pada tahun 1977 Tun Dato Mustapha bekas Ketua Menteri Sabah menerima wasiat ini kemudian mengarahkan setiausahanya mencetak sebanyak 20 salinan dan menghantarnya kepada orang lain, maka selang beberapa hari kemudian dia telah mendapat hadiah dari kebajikan masyarakat dimalaysia timur.
4. Tan Sri Ghazali Jawi, bekas menteri besar Perak secara tidak langsung dipecat dari jawatannya kerana apabila beliau menerima wasiat ini beliau terlupa mencetak 20 salinan untuk disebarkan kepada orang lain tetapi beliau telah menyedari kesilapannya.

Lalu beliau mencetak semula wasiat ini dan mengirimkannya kepada orang lain, beberapa hari kemudian beliau telah dilantik Menteri Kabinet Perdana Menteri.
5. Zulfikar Ali Bhuno telah menerima surat wasiat ini dan tidak percaya akan kebenarannya juga menganggap palsu lalu membuangnya ke dalam tong sampah. Seminggu kemudian beliau telah dijatuhkan hukuman pancung sampai mati.
6. Di Terengganu, seorang pekerja bengkel kenderaan telah menerima wasiat ini dari pengirim yang tidak dikenali yang datangnya dari Perak lalu beliau membuat sebanyak 20 salinan seperti yang dituntut. 

Alhamdulillah dia dianugerahkan oleh Allah seorang gadis berakhlak mulia seperti yang dituntut oleh Islam. Baginya anugerah ini paling agung dan tidak ada tandingannya.
7. Di Terengganu juga, seorang hamba Allah telah menerima surat ini dari orang yang tidak dikenali tetapi beliau tidak mengendahkannya dengan mengatakan ianya bohong belaka dan sengaja mengada-adakan untuk menakutkan orang yang membacanya. Beberapa hari kemudian dia telah mendapat penyakit ganjil dan penderitaanya amat menyedihkan.

Setelah tiga minggu mendapat rawatan rapi di hospital,penyatkitnya sukar juga diubati oleh doktor. Akhirnya beliau teringat akan wasiat ini dan mengedarkannya kepada orang lain. Semingu kemudian barulah beliau beransur sembuhsehingga sekarang.




Banyak lagi contoh-contoh orang yang menerima wasiat ini tetapi tidak mempercayainya dan tidak mengedarkannya atau menyampaikan kepada orang lain. Dimana mereka mendapat malapetaka. Setelah kejadian yang menggembirakan dan menyakinkan ini anda jangan lupa menyampaikan 20 salinan wasiat dalam masa 96 jam dari masa anda menerimanya.

InsyaAllah anda akan memperolehi sesuatu dari YANG MAHA KUASA dengan penuh keyakinan pasti ia akan menerangi hidup anda dengan nikmat kebahagiaan hidup. INSYAALLAH. PERHATIAN setelah membaca wasiat ini hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepada orang lain sebanyak 20 salinan.





Sekiranya telah dilakukan anda akan dianugerahkan sesuatu nikmat atau hajat anda akan dikabulkan oleh Allah. Kata Sheikh ahmad lagi. Jika apa yang hamba katakan ini tidak benar, biarlah hamba mati dalam kekufuran dan tidak mendapat perlindungan dan syafaat Rasulullah SAW naaauzubillah.


Oleh itu hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepada orang lain. InsyaAllah dalam masa 2 minggu anda akan berolah kebahagiaan dan ingatlah lakukan ini dengan hati yang ikhlas dan janganlah diabaikan atau dibiarkan TLG SEBAR KAN KPD UMAT ISLAM...





Aku tahu. Isi dalam forwarding message kat atas sangat membosankan untuk dibaca. Dan aku tahu korang tak akan baca. Ehem. Sebab korang malas nak forward kan message tu kat orang lain lepas korang baca. Kononnya kalau tak forward kat orang lain, korang akan ditimpa musibah. Jangan percaya! Tu semua shit. SHIT!



Seriusly ada benda pelik disebalik pesanan


Yes aku tahu. Pada awal message tu ada satu pesanan yang sangat sangat penting untuk umat islam lain tahu. Sebab pesanan yang awal tu nak kembalikan umat islam yang terpesong ke jalan lurus balik. But. the thing is. Ada something wrong kat ending message tu.





"Seorang hamba Allah telah menerima surat ini tetapi tidak mengendahkannya dan menganggap wasiat ini palsu, maka selang beberapa hari kemudian anaknya meninggal dunia."





See.? Nampak tak.? Err.. Maksud aku, nampak tak.?  Okay. Petikan kat atas ni aku petik dari kesan kalau korang tak forward message ni. Owh petikan tu bukan ending dia. Okay. Lebih kurang dalam perenggan akhir dia pulak, dia ada cakap macam ni;





"setelah membaca wasiat ini hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepada orang lain sebanyak 20 salinan. Sekiranya telah dilakukan anda akan dianugerahkan sesuatu nikmat atau hajat anda akan dikabulkan oleh Allah."




Yes. Aku memang suka nak highlight kan dua elemen penting dalam forwarding shit message ni. Sebab memang ramai orang tak perasan dua benda ni. Dapat dapat aje message ni, terus gelabah-cuak-durian. Okay abaikan durian tu. Ehem. Tapi serius. Aku tak tipu. Nak nak orang melayu kita. Suka sangat sebar benda tanpa soal selidik. Senang gila cuak.



Ajal dan musibah kita bukan pada fowarded message


Why and why and why ada sikap macam ni.? Please lah buka mata. Hey. Aku ambil contoh kat atas eh. Kata nya, anak hamba tu meninggal dunia sebab tak sebarkan surat wasiat tu. Oh come on. Sekarang ni korang nak cakap ajal maut ditentukan oleh surat tu.? Peh-lis.



Hey wake-up. Ajal maut tu urusan Allah. Semua tu rahsia Allah. Allah yang tentukan mati kita. Bukannya forwarded message. Biar aku terangkan sekali lagi. Macam yang aku pernah kata dalam bab freemason. Semua ni berlaku adalah sebab Allah nak tunjukkan kekuasaanNya. Nak di tunjukkan bahawa Dia berkuasa menentukan kebetulan. Yes. Kalau betul pun apa yang dikatakan dalam forwarded message, itu adalah kebetulan. Yup. Kebetulan.


Ehem.
 

Tak pasal pasal kita percaya yang orang mati sebab tak forward kan message tu. And yang paling ketaranya, tak pasal pasal kita cendurung untuk percaya yang kuasa cabut nyawa tu ada pada forwarded message, dan bukan Allah. Kan dah salah kat situ. SALAH



 Biar ingatan anda kuat seperti ikatan benang


Please please please remind this. Yes. Remind this like for the rest of your life. Ingat. Cuma Allah yang memegang kuasa mutlak untuk cabut nyawa orang. And anak dia mati adalah sebab dah sampai ajal anak dia. Okay aku ambil contoh lain.




A selalu tak letakkan selipar kat rak kasut bila masuk ke dalam dorm. And selalu dia tak dapat bangun awal. Satu hari A terletakkan selipar dia dalam rak. And esok pagi dia dapat bangun awal.



So, korang nak kata, A berjaya bangun awal sebab dia letak selipar dalam rak.?. Hell no.  Okay okay. sama jugak kat bab kalau-cetak-dianugerahkan-nikmat. Oh come on. Sekali lagi. JANGAN PERCAYA. Kita nak nikmat ke ape semua adalah dengan berusaha, berdoa dan tawakkal. Bukannya forward kan satu shit message. Okay. Aku ambil satu lagi contoh lain (again).



Hidup untuk makan or makan untuk hidup.?


A seorang yang malas. Dia hidup dalam keadaan susah. Sangat susah ah kasi gempak sikit. Ehem. Dia malas, tapi demi makan, dia terpaksa berkerja. Kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Satu hari A dapat forwarded message ni. Lantas dia forwardkan message tu ke 20 orang lain. Then, dia duduk rumah goyang kaki. Dengan harapan dia dapat nikmat dari Allah sebab dia dah forward message tu.




Well. Adakah A akan dapat nikmat kalau dia duduk rumah and goyang kaki.? Hell no. Allah maha adil. Siapa yang berusaha, dia lah yang layak dapat nikmat. Kalau itu yang A buat, itu lah yang Allah akan bagi. KOSONG. Malas kerja, nak nikmat Allah pulak. No efford no gain lah beb. Korang ada usaha, korang dapat ah hasil. Usaha memang usaha. Selitkan sekali doa dan tawakkal. 




Dalam petikan tu pun, ada menyatakan beberapa orang yang dapat nikmat lepas forwardkan message tu. korang percaya.?. Weh. Itu semua rezeki masing masing lah. Rezeki kita semua mana lah sama. Kes kebetulan dah banyak kali aku taip, so korang dah faham konsepnya. Sama aje. And yang paling penting, aku nak tekankan, diorang yang dapat nikmat tu, adalah sebab rezeki diorang. Eleh. Macam ah korang tak pernah di kurniakan nikmat. Peh-liss.




"Tapi red, kat dalam forwarded message tu kan, ada nasihat yang orang islam perlu tahu. Takkan kau nak tolak 100%.?"



Okay okay. Aku tahu dalam tu ada nasihat Islamic yang sangat sangat sangat berharga. Ok let's make it cristal clear. Mengajar tu dah betul dah. Tapi ugutan dan ayat berunsur pengaruh tu buat message tu jadi shit sheep.



How food can simply be haram


Okay. Aku ambil contoh lain lagi (again). Ferrero roccie adalah halal. Arak pula haram. Tapi kalau ferro roccie yang dah tercelup dalam arak automatik akan jadi haram. Same goes to these things. Message yang nak disampaikan tu, memang betul dan semua orang patut tahu. Tapi ayat yang berunsur boleh mengufurkan manusia tu adalah sangat sangat wrong. Wrong wrong wrong and WRONG.



I mean, apalah salahnya message tu disampaikan macam biasa. Cakap dengan orang lain. Selitkan dalam perbualan ke. Selitkan dalam blog sebagai peringatan umat islam lain ke (bukan suruh orang lain forwardkan) . Or ada macam macam lagi alternatif lain. Sebar aje macam biasa. Jangan campurkan elemen yang boleh kufurkan orang lain. Tak salah,kan.?



Ujian Allah akan sentiasa datang

Actually, kan. Aku ingat  forwarded-message-symptom ni dah lama pupus. Serius. And dah banyak kali aku dapat and aku abaikan. Tak ada ape ape pon berlaku. I mean, macam yang diorang kata bagai nak rak tu. Setakat musibah sikit sikit tu cuma ujian dariNya lah. Apa ada hal. Memang semua orang kat dunia ni, diuji apa. Semua sebab Allah nak matangkan kita. 


Ehem.
 

So, lepas ni, kalau dapat benda benda forward macam ni, please please please lah. Jangan bagi aku. Okay okay joke. Please ah jangan gelabah-cuak-durian. Relax dah lah. Musibah musibah bagai tu cuma hoax aje. Padahal bukti bukti yang dinyatakan tu semua kebetulan aje. Yes. Memang dah kuasa Allah nak aturkan kebetulan. Allah makes no mistake, kan.?



And and lepas ni kalau nampak orang lain bersusah payah nak forward message ni, tolonglah suruh diorang abaikan aje niat diorang. Setakat ugut musibah-timpa-kalau-tak-forward, dah cuak. Dalam al-Quran tu, Allah dah banyak kali ugut orang yang mungkar akan masuk api meraka neraka, ada korang forward kat orang lain.? *ramai terasa*



Hey hey. Turunkan parang tu. Aku joke aje. Peace yaw ^^





Terima kasih sudi baca.





Sekian





.


41 comments:

myhatiku said...

setuju!kdg2 myhatiku rase mereka2 yg duk forward nie tak leh berfikir ke?aduh,teremo pulak..hmm

Red said...

myhatiku : relax relax.. chill ^^

myhatiku said...

chill yaw!:)

Red said...

myhatiku : ya. chill :) . Tapi macam janggal lah ada orang panggil abang red HAHA. :P

dhilla nazli said...

dhilla selalu dilit before bace smpi abes.. kah3.. =P

ieda CUMA said...

mantap! ieda pon tasuke msj mcm tu.. da la pnjang tahap x bole d maafkan.. ish! x sopan betol la.. hahaha

Red said...

dhilla : so, tak payah takut lagi. kan.? ^^

hyemynameisrasyid said...

yes.,bahaya dan boleh bawa kepada kurafat.,

Red said...

ieda : kan.? ^^ actually jenuh jugak mata membaca message tu. terabur.


so, nak tak nak terpaksa jugak memaksa mata untuk baca sebab nak betulkan struktur ayat =="

Red said...

rashid : yup. khurafat.. khurafat..

M Fizan said...

haha..elaboration red sentiasa panjang berjela kan..tapi aku enjoy lar baca..nice..senang sangat diorang percaya benda khurafat macam nie..

Red said...

M Fizan : haha. terharu aku ada orang macam kau ^^

ghab van hal said...

haha..peace yoo..aku pon kalu jumpe budak camni, aku jentik halkum die...kekeke...

Red said...

ghab : bapak ah. garang gila kau... peace ^^

Andrik McVean said...

hi there, i have just followed your blog..i hope you can follow me back..u have a nice blog here..
i will be waiting for you on my blog...see u there..cheers

Red said...

Andrik : fuuu yu.

syAzAnA said...

haha. sokong wei, kkdng entah pape lah benda macam ni. as i said, memang lame. haha.

eh, red, syaz folow red! nice blog!

Red said...

syazana : kan.? tapi masih ramai lagi yang cuak n percaye =="

SYAF said...

FUH berbaloi baca walaupun pjg...sbb ada ilmu kat sini.... nice entry

cik AF said...

samala, kat handset pun same. ==' annoying gile kan kan :|

Red said...

syaf :terharu

Red said...

aufa : yup yup yup.. sangat sangat annoying :angguk

Budak Botak said...

Pernah dapat gak benda camni. X pernah forward pon. He3...

Red said...

budak botak : kan.? ^^

kiwi said...

yela, tak suka gak mesej foward2 ni. kalau nak foward pun biarla ikhlas. tak perlu ada ugutan2 seperti yang ada dalam ayat terakhir tu

Red said...

kiwi : betul tu :angguk agak tensen bila message tu sampai

cintatulip said...

pnjangnya entry red :blur.. gud boy red..

Red said...

cinta tulip : thax baca :)

Nur Sulastri said...

betul la tu. more focusing on bangsa melayu kita. cepat sangat bertindak tanpa ada usul periksa. nak mengata lebih, bangsa sendiri jugak. hmph.

Red said...

sulastri : biar kata bangsa sendiri. diorang sebenarnya tak sedar.. yang diorang dah lepas batas.

h A n Y S said...

x pernah care pon pasal mesej2 berunsur ni..karut~!

pelik bila ada yg dok kalut foward~

Red said...

hanys : yup. patut kita bagi tahu depa. supaya depa sedaq dok forward benda tu salah :)

farah said...

setuju sesangat... da bnyak kenyataan kuar kot tuk benda nie... tp ntah nape masih lagi ada org yg nak wat forward benda nie... klu bleh yg elok dsebarkan kan, yg tahyul kita pokkan je...

Red said...

farah :angguk

Siti Mashitah Saidin said...

aku suka tanya org.. oke, aku follow ko kat fs.:)

schaze zainn said...

sangat setuju tentang pendapat anda :)

selalunya dekat FB budak2 mesti forward2 benda macam ni.

jalan paling simple.

just tekan pangkah and yes.:D

Red said...

siti : ok tengs :)

Red said...

schaze : tak baik biar kan orang macam tu terus hanyut ^^

fatinmyra Sweet :) said...

yeahh mannn .
bencii boleee mende alah tuu smuee .
bwt takutt org jee .
haiss .
tak patut . tak patut .
Hee

Red said...

fatin : lepas ni sound diorang balik :)

hanis aleeya aka gadis sepi said...

dah beratus kot message cam tu nis tak pernah forward satu haram pun. still alive. hahaha....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...