Segmen ber-story : Sebar firman Allah boleh ubah hidup orang terdekat. | Gitarputeh


Thursday, April 07, 2011

Segmen ber-story : Sebar firman Allah boleh ubah hidup orang terdekat.


Assalamualaikum.




Hujan oh hujan. Rahmat oh rahmat. *kena baling kasut. Aduh! Okay red diam. Ehem. Semalam kan, semalam kan, red curi line internet. Saje nak online. Dah lama tak online.*tipu. Pastu red bukak lah fs. Dah lama tak bukak fs kan.?*tipu. Pastu kan, ada orang Tanya satu benda ni.


 "red, kau memang tak amek kisah pasal berita,ya.?"


Oh. Sedap nya mulut makan sambal belacan. Saya tahu mulut anda sangat manis, cik anon. Ingat red apa.? Tahu lah, red jarang(tak pernah) bincang kan isu isu semasa yang gempak gempak. Tapi red amek port jugak lah dher.



Ingat red tak pernah tahu,ke.? Ala. Kes Tsunami. Loji nuclear meletup. Gadis cuba bunuh diri kat shopping complex. Suma red tahu lah.(padahal baru cari semua info info tadi).



Ehem.



Okay. Dah jauh menyimpang. Mari kembali ke pangkal jalan.(nasihat dalam kalis ayat).Okay. Baca topik, tajuknya macam red nak bagi lagi satu cerita menarik. Tapi tak ada lah menarik mana pun. Sape sape yang nak baca, page ni terbuka luas untuk dibaca. Tak paksa pun. Meh rapat. Rapat lagi.


 gambar perhiasan


Alkisah...
Selalu, bila tiba aje hari jumaat, lepas solat jumaat, ada sorang imam ni, dengan anak nya akan layan semua jemaahnya. Semua. Macam biasa, diorang melayan orang orang kat masjid tu, lepas solat jumaat minggu ketiga bulan April tahun bila ntah. Red pun tak ingat.(padahal tak tahu).



Then, biasanya, diorang akan ke bandar pula. Untuk mengedarkan pemplet bertajuk "jalan ke syurga". Sambil sambil tu, diorang juga menyampaikan ceramah agama yang dari rumah ke rumah tu. Ala. Tabliq lah.Macam lah korang tak kenal tabliq.



But. Petang tu lain sikit, keadaan luar rumah. Sangat lah sejuk. Hujan lebat membasahi bumi. Ehem. Dan anak si imam ni lantas menyarungkan sweater kuning nya.


hujan turun dengan lebat.


Anak     : Dady,I'm ready to take off.
Ayah     : eh! Kamu nak pergi mana hujan hujan ni.?
Anak     : oh dady, dady.. kan dah time nak edarkan pemplet pemplet ni.
Ayah     : anakku, di luar sana sangat sejuk and It is raining cat and dog, my dear son.
Anak     : but dad, bukan ke manusia tak masuk api neraka kalau hari hujan.?

Ayah     : my son, ayah tak kan pergi kalau cuaca teruk macam ni, sayang.
Anak     : dad, izinkan saya pergi, boleh.? (nada sedih).
Ayah     : hmm..fine. kamu boleh pergi. Tapi hati hati.




Then, anak kecil yang berusia 11 tahun ni pun, keluar meredah hujan lebat. Dia berlari. Ya. Berlari dari pintu ke pintu. Lorong ke lorong. Pusing satu bandar. Dia bagi pemplet tu kat semua orang yang dia terserempak. Tak kisah lah siapa. Even makcik feeza.


budak tu tetap berjihad even hujan.


Dua jam berlalu..
Akhirnya, Cuma tinggal satu naskah aje yang tinggal. Ya. Satu naskah. Masa tu, budak ni dah lencun habis dah. Basah kuyup. Then, dia pergi kat satu penjuru yang agak teduh. Sambil mata meliar mencari sorang lagi untuk di edarkan pemplet tu.




Tapi malangnya. Tak ada siapa kat situ. Tak ada. But. Dia tak putus asa. Dia patah balik kat lorong tu, and tekan loceng rumsah pertama kat lorong tu.



"Ding dong..tra la la la la..."

Loceng rumah tu di bunyi kan. But still. Tak ada yang menyahut. Nak nak buka pintu, memang tak lah.



"Ding dong..tra la la la la..."

Bunyi loceng rumah tu untuk kali kedua. Ketiga, keempat, sampai lah keenam. Still, tak menyahut. Tapi anak kecil ni tunggu lagi. Tunggu dan tunggu. Dan terus menunggu.



Last last, budak ni give up. Dia mula berpaling untuk pulang ke rumah. Tapi ada SWSW (something wrong some where). Dia patah balik and tekan lagi suis loceng. Tak cukup dengan tekan loceng aje.



"DANG.! DANG.! DANG.!"

Budak tu ketuk pintu rumah tu bagai nak rak. Nak roboh pun ada. Dia tunggu. Then, ada something kat balcony rumah tu yang buat dia teragak agak nak blah. Dia tekan lagi loceng rumah tu. Untuk kali terakhir. Akhirnya, dengan perlahan pintu dibuka. "apa yang saya boleh bantu kamu, anak kecil.?" , soalan dari makcik yang membuka pintu.



 
 
"maaf kalau saya mengganggu, Aunt. Saya Cuma nak bagi tahu, Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi aunt. Saya datang ni sebab nak bagi last pemplet ni. Buku ni ada ceritakan sikit tentang tuhan, tujuan sebenar tuhan menjadikan kita, dan bagaimana untuk dapat kebahagiaan dari-Nya".



Pemplet  tu selamat di serahkan.(finally!). Sebelum budak tu berangkat pulang, perempuan tu berkata, "terima kasih ya, anak kecil. Semoga tuhan memberkati mu".


 Ehem.


Seminggu kemudian..
Habis aje solat jumaat, macam biasa, imam bagi ceramah pada para jemaahnya.

"any question.?"

Imam bertanya, sebelum dia menamatkan ceramah nya. Dengan perlahan, kat barisan area area belakang, suara perempuan berkumandang kat speaker.



"actually, saya tak berapa dikenali disini. Saya tak pernah hadir pun, sebelum ni. Sebelum jumaat minggu lepas, saya masih belum memeluk Islam. And yet, tak terlintas pun nak peluk Islam. My husband dah meninggal dunia beberapa dekad lalu. Yet. Meninggalkan saya sebatang kara. Saya betul betul sunyi. Ya. sunyi."


 
<bunyi cengkerik>



"petang jumaat lepas, suasana sangat sejuk. Saya bertekad nak bunuh diri. Tali dengan kerusi dah lama ready. Tinggal nak guna aje. Semua saya dah set up. Tinggal panjat kerusi, gantung leher, and lompat aje. But.! Sebelum saya lompat, loceng berbunyi di tingkat bawah. Saya tersentap."



<membetul betulkan mic sekejap>



"Okay. Back to the topic. Ehem. Saya tersentap. Then saya biar kan tetamu itu. Sebab saya tahu, dia akan blah. But, the thing is, loceng tu tak nak diam. Lagi bertubi tubi bunyi yang di talu kan. Tak cukup loceng, pintu rumah saya pulak dia nak robohkan".



<membetul betulkan telekung>



"saya berfikir sejenak. Sape lah yang ketuk pintu macam nak roboh ni. Tak pernah pernah orang beria ia nak berjumpa saya. Then, saya longgarkan tali. Dan menuju ke pintu dan pulas daun pintu".



<membetulkan mic lagi>



"buka aje pintu, dekat depan anjung rumah saya, berdirinya seorang budak comel. Bersinar sinar muka nya. Tak pernah saya nampak budak secomel ini. Dia tersenyum. Sangat manis. Ya. Sangat manis. Dan dia cakap:



" Aunt, saya Cuma nak bagi tahu, Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi aunt”


Ehem. Then, dia bagi saya satu pemplet bertajuk "jalan ke syurga" yang saya pegang ini. Bila dia pulang, saya tutup pintu and baca setiap isi pemplet ni. Then, saya naik semula ke loteng. Ambil tali dan kerusi tadi. Saya tak perlukan nya lagi".



<gaya nak pulang kan mic>



"Eh, kejap kejap. Ada lagi. Disebabkan belakang pemplet ni ada tertera alamat tempat ni, saya sendiri datang ke masjid ini dengan mengucapkan syukur kepada tuhan. Yup. Tuhan kepada anak kecil yang datang tepat pada waktunya. Disebabkan itu jugak lah, terhindarnya jiwa saya dari keabadian di dalam neraka. Wallahualam".


  kasih ayah terhadap anak tak pernah luntur sejak kita kecil.

 
Ramai yang berada dalam masjid tu menitiskan air mata. Imam turun dari mimbar. Dan pergi kearah anak kecil yang dimaksud kan oleh wanita itu. Dia peluk anaknya. Tanpa dia sedar air matanya mengalir. Menangis beb.



Ehem.


Tersebak jiwa red bila baca cerita ni. Red tahu, ramai antara korang mesti touching baca cerita ni. Nak nak perempuan. Sebab perempuan suka letakkan jiwa bila baca something.



From the other view, nak kaitkan sikit dengan kes cubaan bunuh diri kat shopping complex tu. Sebab apa nak bunuh diri.? Sebab cinta.? Sebab hidup kat dunia ni susah sangat.? Okay fine. Kalau alasan nya hidup kat dunia ni susah sangat, biar red tanya something. Hidup kat alam kubur tu senang ke.? Ehem. Wallahualam.





Terima kasih sudi baca.





Sekian




 
.


~ Sebar firman Allah boleh ubah hidup orang terdekat


16 comments:

cik hemo hemo said...

hmm, terkedu cik hemo mmbace entri ni.



brw, nicee one! eh eh, tetibe tersentoh bace entri ni.

huhu~

Red said...

cik hemo : tersentuh ke.? hehe .. same lah... tapi sekali aje lah.. maklumlah.. red kan, lelaki.. hahahah XD

Miss Secreto De Amor said...

btol ni red .. i follow you

Reza Razi said...

Best la cerita ni Encik red.. Mane dpat nih? Mmg trbaik...

Red said...

miss secreto de amor : ya saya memang betul red.. haha XD

Red said...

reza : ntah lupa.. saje je nak kongsi cerita ni kat semua orang... peace yaw.. :)

misS FEeza macho ! said...

kenape terselit nme aku tuh =="

da la makcik .kureng tol .

kalu bapak dye ta bagi da rugi da kan =="

tersentuh ? erk TAK lalalalalla :p
:tampo red

hMn :) said...

waaaah ~ so terharu !
smoge umat islam semua mampu menjadi yang terbaek dlam klangan yang terbaek !
amiin ~ insyaAllah :)

Red said...

feeza : saje. nak promote ko :)

Red said...

hmn : aminn.. :)

cantekk said...

tkedu gak.

newey, nasihat yg bagus.

Red said...

cantekk : terima kasih :)

missa said...

sangat tabah dan istiqamah budak tuhh... =)

btw red, comel bunyi loceng.. tralalala ~ =P

Red said...

hahaha.. comel kan.? dipetik dari cerita mega mind XD

ayu jamal said...

ha ah..memang kembang kempis hidung..sangat touching...

saya x pasti cerita ini benar atau tak..tapi story ni betul2 boleh buat kita berfikir sejenak..

thanks Red...Alhamdulillah..

santapan jiwa

Red said...

Ayu Jamal :


No hal lah ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...