pg 52 : Masyarakat generasi kini tak reti diam bila Azan berkumandang. | Gitarputeh


Friday, April 22, 2011

pg 52 : Masyarakat generasi kini tak reti diam bila Azan berkumandang.

Assalamualaikum.




Good day. Good weather. I wonder why. Oh. Hari Jumaat rupanya. Di mana hari yang red akan post entri baru. So. Kepada korang korang yang addicted suka gila baca entri red, take notes! Ya. Ha! Gelabah. Cari pen. Cari kertas. Okay tipu.



pen, pensel, kertas,tulis, blog
 tulis setiap jumaat

Tak semestinya seminggu sekali aje entri red. Hari lain pun ada. Maybe dalam dua kali seminggu. Kalau ada tiga kali tu, means ada yang segmen red nak kongsi item. Dalam segmen tu, red buat in a flash. Sebab red nak kongsi dengan korang apa yang interesting. Macam dalam entri ni. Or entri ni. Okay stop right here.


 Ehem.


Petang semalam. Dalam area pukul lima, red pergi ke medan makan. Macam biasa, nak pergi usha awek  beli makan. Ehem. Tapi, line panjang sangat. So, red duduk duduk lah dulu. Then, dalam penantian mereka mereka untuk beredar, berkumandang lah azan 'asar.



"Allah huakhbar, Allah huakhbar."


So, sebagai umat Islam, hormatlah. Red diam. Sambil diam dan menjawab azan, mata red meliar macam biasa. Tengok sekeliling. Guess what. Yup. Situasi nya masih lagi bising. Mereka masih lagi berbual bual. Bergelak gelak. Bergurau gurau. Dan terlompat lompat.


Red jadi mushkil. Azan kuat. Bukan slow. Tapi keadaan masih huru hara dan diorang masih lagi bagai didalam dunia mereka. Betul ke ini generasi sekarang.? Semua Islam pulak tu. Okay. Ini first thing red nak sentuh. Kes hormat tu nombor dua.



azan, bunyi
berdiam lah kamu ketika azan


Kalau orang dulu, zaman tok nenek mak abah kita, bila azan, semua senyap. Semua diam. Tapi generasi sekarang. Bising nya tak ada gap. Tak ada. Bila bising nya tak ada gap. Bunyi bunyi lain akan tenggelam. Ya. Tenggelam. Macam bunyi nyamuk dalam disko pasar malam.


Ehem.


Pernah tak korang bayangkan, bunyi azan dah tak di endah.?  Bunyi azan akan tenggelam. Tenggelam. Pernah bayang kan tak, bunyi azan tenggelam.? Korang tahu kan, bila azan dah tak didengari, apa yang muncul.?  Ya. Munculnya Al-Masih Dajjal. Al-Masih Dajjal akan muncul bila azan dah tak di dengari. Betul.?



So, bila azan dah tak di endah, sama lah jugak erti dengan azan tak didengari. Korang bayangkan lah. Ada ke, orang nak bercakap, bila orang tu dengar azan.? Orang mesti diam punya lah bila dengar azan.  Orang yang tak dengar azan aje yang akan bercakap time azan. Betul.?



diam, hormat azan
 seeloknya kamu berdiam tanda adab kamu


Okay. Masuk ke sentuhan kedua. Hormat. Pernah tak terfikir. Kenapa kena diam time azan.? Ya. Sebab kita hormat azan. Okay. Azan ibarat orang sedang bercakap. Yet, azan ialah seruan. Ajakan. Which means, sama lah jugak dengan tengah cakap. Masih lagi bawah komunikasi. Betul.?


Here's the facts. Bila orang tengah bercakap. Adakah kita bercakap jugak.? Mesti lah tak. Adab nama nya tu. Ya. Sudah menjadi adab, bila kita senyap,dengar dan respond orang bercakap. Ya. Senyap, dengar dan respond.


Sama lah pada azan. Senyap. Maknanya diam. Dengar. Maknanya hayati setiap perkataan. Dan respond. Jawab azan tu. Ya. Azan, kita wajib jawab.




kisah red masa muda muda dulu



Okay. Red selitkan sikit selingan untuk jadi teladan. Dulu masa red muda muda. Tuisyen. Kat rumah orang aje. Tak mampu pergi yang mahal mahal. Masa abang aboi mengajar, selalu red dok menyampuk. Last last. Satu hari tu, dia sound. Suruh diam. Direct.


Terus tergamam masa tu. Diam terus. Ye lah. Orang nak mengajar. Kita pulak, menyampuk. Macam dah tahu aje. Padahal tak tahu apa apa. Yet, menyampuk. Macam dah pandai sangat aje kan.? Dari situ lah red kenal adab diam bila orang lain bercakap.


Ehem.


Sampai sekarang, kalau mengajar junior, lagi lagi yang suka menyampuk, red akan terus straight suruh dia diam. Err. Maybe sebab tu ramai yang cakap red ni garang masa mengajar. Even ajar orang main gitar pun, diorang cakap red garang.



Okay back to the topic. So, diam adab hormat. Sebab tu wajib kita diam time azan. Tapi generasi sekarang.? Wahai anak anak adam sekalian. Kat sini red nak tekan kan. Diam lah bila azan berkumandang.



gambar perhiasan


Jangan lah biarkan azan ditelenggami. Tegur mereka jika mampu. Guna tangan. Kalau takut nak tegur kasar, which is guna tangan. Guna kan lidah. Maksud nya tegur. Kalau tak mampu jugak dengan menegur, guna hati. Ya. Doa kan mereka. Mintak Allah buka hati mereka untuk diam masa azan.


Last but not lease. Guna penulisan. Ya, via blog. Orang baca. Then sebar sebarkan. Ehem. Okay. tu rekaan. Haha. Tak ada kaitan dengan cara islam. Just a personal theory :P



p/s: Azan sekarang dah berkurangan. Dinding rumah dah ada yang kalis bunyi dan tv3 pun dah tak siar kan azan macam dulu.



Dalam entri ni, red nak ambil kesempatan sikit. Untuk follower ke 200 red. Sebulan Lama dia tunggu. Dia juga pengomen tegar gitarputeh ni. Ehem. Terima kasih, Feeza Macho. This is your award. Terima ye. Blog dia nice. Banyak doodle. Check it out. http://www.sayabintang.com/



copyrighted untuk feeza sahaja





Terima kasih sudi baca.





Sekian






.


39 comments:

KUREKURE COMEL said...

betullah..skrg ramai dh hilang hormat dekat azankan...

kalau dulu bila azan...mmg automatik bgn..duduk..sampai azan habis..


beza betul dgn skrg...

Red said...

mina : betul tu, mina. sama lah. red pun auto bgn terus duduk :P

nelly said...

tersentuh !
T_T

fyna said...

nice entry dear..
saling ingat mengingati.



jom singgah n follow belog fyna.
http://inibelogfyna.blogspot.com/

Red said...

nelly : kenapa tersentuh.?

Red said...

fyna : dah singgah

misS FEeza macho ! said...

wajip jawab azan ye ? .

ai n i s h a f i qa said...

hukhuk2, betul...rasa hormat tuh dah hilang, semua fikir dunia je, padahal xlame pon azan..hu~**emosi sekejap**

Red said...

feeza : ya. wajib

Red said...

ainis : err.. haha okay. :)

Wafiy Suzly said...

betul tu red,salam kenal. orang ramai dah tak endah azan

Red said...

wafiy suzly : Haha. actually red da lama ikuti pekembangan Wafiy Suzly's. So. red dah lama kenal kamu. ehem. :P so, keep in touch yaw! ;D

Koding said...

Bukan sahaja tidak menghormati Azan...
Malahan tidak melaksanakan solat...
Apalagi solat berjemaah...

WaNi^^ said...

kalo nyanyi lagu kebangsaan kite smua kne brdiri tegak n diamkn diri , TAPI , knpe waktu azan kite tak leyh plak nk diam ?? plik2 :)

Red said...

koding : waaa... ayat berapi!! haha XD

Red said...

wani : even diorang slumber aje bercakap.

Wafiy Suzly said...

haha, iye2 je red kenal nama wafiysuzly, haha

Red said...

wafiy : suda semestinya!!! yang dulu blog bck ground puteh... an an an.?

WaNi^^ said...

kn ?? rse macam nak lempang je sorng sorng , haha xD

Red said...

wani : haha.. lex lu... :P

qiqi said...

this is the fact, kalau azan da start berkumandang, and yet, maseh ade orang ignore.. percaya la.. at the end of their life, dia akan susah nak mati. sebab? tak hormat azan.. try search for more info.. ni perkara betol, and qiqi pernah baca directly dari satu artikel.. :D

btw, nice entry Red..

►AdamXis◄ said...

assalam...betul tuu.time azan kena hormat...tp masih ada jugak gelak2 sakan...pasang tv kuat2.main game kat pc...nk kata pekak semua boleh dgr kot...hu3.mayb sebab dari awal tak di asuh dgn baik...jadi macam tuu...keraih hati

Red said...

qiqi : yea... true ... nanti red cari lagi :)

Red said...

adam : adam orang utara yea.? hoho

アヌム ちゃん~~ said...

Salam.bw here^^ nice blog :)
Feel free to visit me @ frommetoyou~
:)

Red said...

bw.??? hehe. bole bole.. no hal lah :)

Fyqa said...

betol. org yg brckcp ketika azan muka mcm babi.. tpi rmai dh tak pduli pasal tu..

hmmmm

Red said...

fyka : oho.. siyus.??

qiqi said...

muka macam babi tu, ade betulnye jugak buktinye ade satu drama melayu kat tv3 dulu pena tayangkan.. tu pown salah satu dari akibat tak hormat azan :D

Red said...

qiqi : owh.. apa tajuk nya eik.?

LuLuLaLaLengLeng said...

saya mmg diam.. lau bising kompo di marah.:)

Red said...

lulu : waaa... garang nya org kat ruma u .. tp bagus lah :)

иʋя ƨʏαяιʓα иαтαƨʏα said...

hmm..ada jgk dngar2 psl kalau org tu x hormat azan, bla dy mninggal x sempat dy nk mngucap..wallahualam..^^

Red said...

nur : Mostly kita dengar, orang tak dengar azan ni, mayat dia berat..

faiz said...

org sekarang bkn xhormat azan je...mcm2 dlm islam ni dieorng xhormat..

Ummu Khaulah said...

tak hormat azan samalah seperti tidak menghormati panggilan Tuhan..
saye suka entry ni..
tahniah ! ;)

saye singgah dari jauh dan jumpe blog awak..
alang2 menyinggah, saye follow awak juge ;)

jemputla datang blog baru saye,,
perlukan sokongan dari blogger2 lain..
termasuk awak jugak;)

datang ye jangan tak datang..
lau sudi, follow la sekali..
lau tak sudi??
tak sudi takpe.. saye ok je ;)

http://olahasz.blogspot.com
thanks a lot ;)

Red said...

faiz : betul...

Red said...

ummu : baca lah entri lain juga, ye :)

hanis aleeya aka gadis sepi said...

nis masa duduk dekat bandung geleng kepala je tengok diorang time azan still bercakap dengan suara kuat, kalau dalam kelas pun ustaz tak berhenti mengajar, dan Qur'an letak kat kaki :erk mungkin kat sana benda ni memang budaya diorang macam tu tapi kat malaysia tak. entahlah. kadangkala pening gak sebab indonesia-malaysia tak jauh beza sebenarnya. kebanyakan ulama malaysia ni pun mesti ada yang pernah belajar kat indonesia tapi kalau suasana pondok di sana macam tu, tak faham nis macam mana orang malaysia nampak lagi hormat daripada orang indonesia..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...