Segmen ber-story : belajar tulis di atas pasir. | Gitarputeh


Sunday, March 27, 2011

Segmen ber-story : belajar tulis di atas pasir.


Assalamualaikum.



 "red, kau ni suka pergi pantai ke.?" ~anon

Itu soalan yang paling pelik pernah red dapat kat fs. Kenapa lah dengan kau ni anon.? Biar aku teka. Mesti sebab kau pelik dengan header aku kan, anon.? Fine.! i'll tell. (aneh aneh aje anon ni)


Meh rapat. Red nak bercerita sikit tentang latarbelakang cogan kata blog red yang 'entah hape hape ni' (anon dengar elok elok.).


Untuk Gitarputeh, it really doesn't have any specific meaning. Just a credit to my beloved Shiro Gadabambo. 'Gitarputeh' dan 'mari menulis diatas pasir bersama mereka' memang dua benda yang tak ada kaitan dalam frasa. And I mean, tak ada. But. It really does related to me. Yup. It really does. Tapi macam yang red kata kan tadi, red nak ceritakan asal keturunan(tipu) 'mari menulis diatas pasir' .



Ehem.



Mari menulis di atas pasir bersama mereka. Satu cogan yang bawa besar ertinya. Ya. Sangat bawa erti. Dulu red adalah seorang yang sombong. Ya. Ramai kata red sombong. Pemarah. Jarang bergaul. Selalu tuding jari kat orang ( cari kesalahan orang lain dan bagi alasan).  Tapi suatu hari, Allah bukakan hati red untuk baca satu entri ni. Tajuk nya "belajarlah tulis di atas pasir" .



Red pun tak tahu siapa penulisnya dan mana asal usul cerita ni. Disebabkan masa tu red baca via phone, via fb(dulu masa masih ada fb). And masa tu red belum lagi menceburi bidang blog. Selalu jadi silent reader. (Ya. Red tahu. Korang nak kata red kolot. Kata lah. tak kesah pun.)



Okay back to the topic. Ya. Lepas baca entri tu, red tersentap. Ya. Sangat tersentap. Cerita nya teramatlah menarik hingga terbukalah pintu hati red untuk kembali ke jalan yang lurus. Cuba korang hayati cerita ni.(saja nak kongsi. Kalau tak minat baca tak paksa)




perjalanan dua sahabat yang mencari sebuah oasis.


 
 Ia nya mengisahkan dua orang pengembara ni yang member kamceng. A dan D. Mengembara melintasi gurun pasir mencari oasis. Suatu hari dalam perjalanan, diorang bertekak. A panas hati, then bagi penampar kat si D. D punya lah bengang tanpa sebarang kata terus tulis kat atas pasir.


"hari ini, sahabat terbaik aku manampar pipi aku"


Perjalanan diteruskan. Dan akhirnya diorang jumpa oasis diorang. Yet, diorang pakat untuk mandi kat situ. Masa tu, D still sakit hati. Ya. Sakit hati. Siapa tak sakit hati bila kita tak expect member baik tampar kita, ye tak.? Okay back to the topic. D dengan hati terluka nya cuba untuk berenang tanpa dia sedari yang dia tak reti berenang.



berenang ikut perasaan. lemas jawabnya.


Apa lagi. Timbul tenggelam lah dia kelemasan.( dah macam hape dah. =.=). A tanpa sebarang kata, terjun pergi selamat kan D. Ya. Alhamdulillah D Berjaya diselamatkan oleh A. Yup. A yang menampar D awal cerita tadi. Bila D mula sedar kan diri and agak agak otak dah balance, oksigen dah cukup, dia pun tanpa sebarang kata pergi kat sebuah batu yang besar. Sangat besar. Dan dia pahat:


"Hari ini, member aku, my bff, selamatkan aku dari lemas."


Si A pelik. Then dia Tanya. "weh. Apasal bila aku buat kau terluka, kau tulis atas pasir. Now, kau pahat atas batu pulak.?". Si D tersenyum and jawab.


"it simple. Kalau ada orang melukai kita, kita kena lah tulis di atas pasir supaya angin kemaafan datang meniup and menghapuskan sekali tulisan tu.dan bila sesuatu kebaikan yang superb berlaku pula, kita kena lah pahat pada batu hati kita. Supaya tak hilang ditiup angin."




Oh oh.(!) I got to admit.! Kisah ni, sumpah buat red berubah. Tak tipu beb. Siapa tak setuju, sila hempas lappy korang. Okay gurau. Betul. Tersentap bila kali pertama kali red baca. Seriously. Terpahat pada batu hati red beb. Dari situ, red ambil keputusan untuk selalu memaafkan orang. And change to someone new. But still. Red masih amatur dalam bidang penulisan. (masih mencari cikgu macamana nak menulis dengan baik).



Dan masa tengah fikir idea buat header blog, red ingat nak buat blog yang boleh sama sama mengajak orang lain jadi saling memaafi. And yet, red ambil keputusan untuk guna cogan kata "mari menulis di atas pasir bersama mereka".

:)





Terima kasih sudi baca.






Sekian





.

~belajar menulis di atas pasir.


22 comments:

qiqi said...

its awesome red. tak tau lak menda cm ni bole ubah attitude seseorang sekelip mata. :) keep it up bro!

Red said...

:) tima kasih qiqi. :) red sekadar nak berkongsi :)

misS FEeza macho ! said...

aku memelilih untuk hempas lappy dem dem =.=" akan cuba diusahakan haih =.="

aku dipaksa baca oke XD

Red said...

aku tak pakse pun =.=. dah. lepas ni tak payah komeng. (merajuk)

misS FEeza macho ! said...

haha gedik ! :tampo tak pakse ke kalo da spam berjutajuta XD

Red said...

BUN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! ><

KUREKURE COMEL said...

terdiam mina.....mina susah nak maafkan org....


sbb mina selalu kena tindas...

Red said...

laa.. kenapa macam tu.. mina try baca kat sini okay.?

Ouhhh Mizz Edora (: said...

baguslahhh . perubahan diperlukan untuk kita mempertingkatkan kualiti diri kita :)

Red said...

edora : thax sudi datang. I miss you T.T

✖nedd✖ said...

i like diz one :)

Red said...

nedd : thax :)

deeya said...

kisah dua orang sahabat berjalan di tepi pantai tu sedey sangat .. pertama kali baca dulu dalam bentuk power point . ade background music yang sedey lagi sampai menangis .. and now , red critekan dalam bentuk tulisan . lagi sekali menitik air mata baca kisah nie ..

p/s : mak kata "kawan tu ibarat sebutir mutiara" .. dan lagi "indahnya memberi maaf itu lebih lazat dari membalas dendam" sob3 !! :'(

Red said...

laa... sian nyer.... meh meh red tolng lap kan air mata...:)

missh aryeika said...

; like this one :)
keep it up okee red !

Red said...

hehe. okies :) thax yaw XD

misS FEeza macho ! said...

tak jumpa2 pasir =="

Red said...

feeza comel : woha!!! tak jumpa pasir ke.? debu puuuuuunnnnn boleeyyyyyy

kiwi said...

alhamdulillah, gud for you la kalau red dah berubah kan. kiwi pun sebelum ni susah gak nak maafkan orang. tapi bila dah jadi cikgu n, kena la banyak sabar & redha.. Huhu

Red said...

kiwi : :)

dhilla nazli said...

waaa.. red da jadi baek.. heee =P

Red said...

dhilla : :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...